1 June 2011

Bunga rose dan bunga tahi ayam

Akhirnya ada someone yang unfollow blog kentang. Dan untuk pengetahuan anda semua kentang tak kisah pun kalau anda semua nak unfollow kentang sebab kita perlu follow blog yang kita ingin follow sahaja, bukannya sebab i follow you, you follow i. Follow tapi tak baca itu dah kira follower yang munafik. Munafik bukan yang bahagian Islam, tapi munafik follow blog. Jangan salah faham pulak sebab munfik ni maksudnya berpura-pura atau hipokrit mengikut kefahaman kentangla. Kalau salah sila betulkan ye.

Baru-baru ni ada seorang gadis bertanya kepada kentang “antara bunga rose dengan bunga tahi ayam yang mana satu kentang pilih?”. Pada mulanya kentang tak jawab pun sebab kentang tak faham soalan. Soalan ni ade trick nya so bila jawab soalan yang soalan tu tak habis maka kita akan diperbodohkan. So, kentang pun tak nak jawab sampai dia give up. Jadi, dia pun habiskan soalan dia dengan kata-kata “kalau bunga rose, bunga tu cantik dan wangi sebagainya tapi kembangnya hanya sebentar makala bunga tahi ayam memangla tak cantik dan tak wangi tapi kembang selamanya”. Bila soalan dah habis, maka barulah kentang jawab. Kentang pilih bunga rose.

Mula-mula kentang bayangkan yang kentang ialah bunga rose. Bunga rose kembangnya sekejap sahaja tapi bila ia sedang mekar kembang maka dia berada ditahap tercantik. Pada kentang biarlah hidup ini kejap asalkan kita merasa jadi yang terbaik. Bukannya hidup lama tapi takde output atau hidup dalam kitaran sahaja iaitu bangun, makan, pergi pejabat, rehat dan tidur balik dan esoknya cuma ulang perbuatan yang sama sahaja. Hidup adalah perjuangan bukannya proses untuk survive. Sila take note.

Kemudian katanya kentang salah faham, jadi beliau kata yang bunga itu adalah perempuan. Kalau macam ni tetapla jawapannya bunga rose. Pada kentang biarlah bersama sekejap janji ianya sangat indah. Kalau kahwin pun biarlah sekejap je kahwin kemudian pasangan pun pergi tapi bahagia. Bukannya kahwin lama tapi porak peranda.

Rasanya mungkin kentang salah faham juga, mungkin dia nak cakap bunga rose itu perempuan cantik tapi tak setia, manakala bunga tahi ayam ialah perempuan tak cantik tapi setia. Mengikut pandang kentang yang budak hingusan ini dan pada waktu ini (mungkin pada masa hadapan kentang berubah fikiran), lelaki yang bagus hanya akan memilih untuk hidup bersama dengan perempuan yang cantik sahaja. Bahagian ni kentang akan bincang kemudian tapi hint dia “Semua perempuan adalah cantik, dan semua perempuan adalah biasa-biasa, dan semua perempuan adalah hodoh begitu juga dengan lelaki”.

Kalau anda, bunga apa yang anda pilih?