22 November 2011

Menggunakan logik untuk menyembunyikan logik

Sabtu lepas kentang lepak-lepak dengan kawan-kawan sekolah rendah. Sembang-sembang pasal dah lama tak jumpa. Tapi sembang kitorang tak macam kebanyakkan orang sembang sebab biasanya perkara yang disembang sangat keras. Sebab tu kentang suka lepak dengan kawan-kawan sekolah rendah, sembang berisi. So, kentang nak share hasil dari pertemuan kitorang. Jadi, tumpuan utama tulisan kentang kali ini adalah untuk share tentang menggunakan logik untuk menyembunyikan logik. Ni taktik yahudi yang korang patut tahu.


1) Negara yang bagus adalah negara yang mempunyai kuasa 60-40 atau 50-50 antara pemerintah dan pembangkang. Benda ni masuk dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kali pertama kentang dengar tentang benda ni pada tahun 2008, ada kawan kentang budak International Affair bagitahu yang dia belajar negara yang bagus menpunyai jurang kuasa yang sedikit antara pembangkang dan pemerintah. Kena pulak time tu baru lepas pilihan raya dan pembangkang menang besar. Logiknya ialah jika ada pembangkang barulah ada satu kuasa untuk menegur pemerintah. Kalau tak, pemerintah akan berkuasa mutlak dan menyalahgunakan kuasa. Betul ke macam tu? Bukankah yang pilih pemerintah itu rakyat, kalau rakyat tak suka, walaupun tiada parti pembangkang maka pemerintah tu tetap akan jatuh. Sebenarnya kita terpedaya dengan taktik divide and rule yahudi ni. Mereka saja nak pecah-pecahkan kita supaya kita lemah. Apa zaman Rasulullah dulu ada 2 parti? Orang-orang bodoh akan jawab "Itu sebab ada nabi, kita bukan nabi". Kentang nak tanya lagi kepada mereka yang berfikiran begini. Korang tahu tak bila mula-mula kuasa orang Islam lemah? Apabila ada 2 khalifah iaitu Muawwiyah dan Saidina Ali.


2) Bank memerlukan interest atau upah menyimpan wang bagi membayar gaji orang yang menguruskannya. Dari teori ini maka orang Islam pon cipta Islamic Banking. Kentang bagi knowledge sikit tentang cara Islamic Banking ni funciton.


Situasinya Ali nak beli kereta yang berharga RM60,000.00.


Bank konversional: Ali kena bayar interest 5% dan jumlah keseluruhan yang Ali kena bayar ialah RM100,000.00.


Bank "Islam": Setelah membuat kiraan awal maka, Bank Islam kononnya membeli dengan harga RM60,000.00 dan menjual kembali kepada Ali dengan harga RM100,000.00. So, jumlah keseluruhan yang Ali bayar sama juga iaitu RM100,000.00.


Kentang tak nak cakap banyak, yang kentang nak cakap, kenapa dekat Libya Allahyarham Muammar Ghadaffi boleh buat Bank yang bukan Islamic Banking tapi kadar interest dia 0%?


3) Sistem wang kertas adalah bagus kerana manusia semakin bertambah dan wang kertas boleh diperbaharui manakala jika menggunakan emas yang terhad maka nanti sampai satu masa tak cukup pulak emas nak bagi semua orang. Ada tak korang ambil tahu pasal demand and supply? Kalau demand banyak, supply sikit maka harga akan naik. Bila dah ramai sangat orang nanti 10 gram emas pon boleh beli rumah. So ada 10 gram sorang pun dah cukup. Macam mana nak beli benda murah kala macam tu? Kalau nak beli benda murah 10 gram emas tu boleh dipecahkan dengan menggunakan wang kertas. Letak 1 gram emas kat badan kewangan dan badan kewangan beri RM100,000 duit kertas. Jadi, bila dah ada balik RM100,000 duit kertas anda boleh amik balik 1 gram emas tadi kat badan kewangan. Senang cakap nilai duit itu berasaskan emas. Macam kalau korang belajar sains yang unit SI tu, 1 meter ialah panjang First prototype Metre des Archives platinum bar standard atau Length of the path travelled by light in a vacuum in 1/299792458 of a second. Maknanya ada nilai. Tapi 1 ringgit atu 1 USD ada nilai? 10 USD itu nilainya 1 gram emas? Tidak! 10 USD tu nilainya 1 ekor ayam? Tidak. Jadi apa nilainya? So, orang boleh ubah-ubah ikut suka hati. Jadi bila nilai tu tiada maka tahun depan Amerika boleh cakap memandangkan populasi rakyat Amerika dah meningkat kepada 300,000,000 orang maka Amerika perlu cetak USD10 trilion. Lepas cetak duit dia beli petrolium, emas dan besi negara orang dengan duit tu. Dia beli petrol, emas dan besi dengan berapa kg kertas je. Hahaha. Padan muka korang bodoh tak nak fikir.


4) Kentang dah lupa yang lain. So, nanti kentang dah ingat kentang akan update lagi dalam blog ni. Kalau ade salah kentang sila tegur sebab kentang pon manusia biasa, banyak buat salah. Sekian.