Fakta 1: Kentang sokong sistem hudud digantikan dengan sistem yang sedia ada
Fakta 2: Kentang rasa hukum hudud itu mampu dilaksanakan di Malaysia. Ini adalah kerana Allah tidak akan memerintah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan oleh hambaNya.
Sila baca fakta 1 dan 2 sebelum meneruskan bacaan. Ini adalah kerana kentang sering dikecam kafir, munafik, fasik, berdosa dan sebagainya.
Sebelum meneruskan perbincangan mari kita lihat beberapa pendirian parti-parti di Malaysia.
BN tidak melaksanakan hukum hudud.
MCA menentang hudud.
PAS ingin melaksanakan hudud.
DAP menentang hudud.
PKR mungkin lebih kepada menentang hudud.
UMNO tidak menyokong hudud.
Apa yang tertera diatas adalah pendapat kentang sahaja. Kalau kentang salah anda betulkan bersesuaian mengikut pendapat anda. Teknik yang kentang akan gunakan dalam masalah ini adalah causal and effect iaitu punca dan akibat. Punca atau sebab adalah penting dalam membicangkan perkara, dalam Islam juga ada mengatakan setiap amalan itu perlu disertakan dengan niat. Jadi, niat itu adalah sebab dalam melakukan sesuatu. Akibat pula adalah hasil dari keputusan dan tindakkan kita. Apa gunanya membincangkan sesuatu yang tidak boleh diselesaikan. Apa gunanye kalau kita membincangkan bagaimana ingin mempercepatkan pereputan bahan menjadi petrolium kerana untuk menjadikan bahan reput kepada petrolium memerlukan masa jutaan tahun, maka adalah lebih baik kita tumpukan sumber alternative untuk menjana tenaga.
Sebab isu hudud ini dijadikan isu secara ringkasnya boleh dipecahkan kepada dua:
A) Benar-benar ingin melaksanakan hudud mengikut syarak.
B) Ingin dijadikan senjata untuk pilihan raya.
Akibatnya pula secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada dua:
C) Hukum hudud dilaksanakan
D) Hukum hudud tidak dapat dilaksanakan
Jadi mari kita tinjau jika A dan C berlaku. Ini bermaksud perjuangan berbaloi. Jika hal ini boleh terjadi maka kita perlu menyokong pihak yang memperjuangkan isu hudud ini. Jadi mari kita fikirkan apakah possibility perkara ini menjadi kenyataan. BN melaksanakannya? Tidak mungkin buat masa ini kerana BN terikat dengan MCA. PR melaksanakannya? Tidak mungkin kerana DAP menentang hudud dan jika PR menang dan PAS ingin melaksanakan hudud maka DAP akan keluar dari PR dan perpecahan itu menyebabkan BN memerintah. Ni pendapat kentang, kalau tak setuju sesuaikan dengan pendapat anda.
Jika A dan D berlaku. Disebabkan PR menang pilihan raya, berlaku konflik antara PAS dan DAP. Setelah berbincang dan bagi mengelakkan BN memerintah maka PAS bersetuju tidak menuntut hudud maka, kita telah tertipu, dan kita juga berada dalam golongan yang zalim kerana kita sibuk cemuh orang tak buat hudud dan akhirnya kita dapat kuasa tapi kita pun sama macam orang yang kita cemuh sebelum ini.
Jika B dan C berlaku. Lihat sahaja jika A dan C tidak mampu, apatah lagi untuk dapatkan B dan C.
Jika B dan D berlaku. Maka kita sangat hina kerana menggunakan agama untuk dapatkan undi.
Jadi, wajarkah kita sibuk nak bangkitkan isu hudud? Pada pendapat kentang kita wajar kerana ianya hukum Allah dan kita harus berjuang demi Allah tetapi kita perlu analisa dan gunakan minda bagi merealisasikan impian ini bukan sekadar demi kepuasan dan kepentingan diri sendiri. Bagaimana? Pertama, mengikut statistik jumlah orang Melayu di Malaysia ialah 59%. Kedua, orang yang menentang hudud adalah orang bukan Islam. Ketiga, orang Melayu adalah orang Islam. Keempat, terdapat golongan Islam bukan Melayu di Malaysia. Kelima, untuk mengubah sesuatu kita perlukan kuasa 2/3 atau pun 60% dari kerusi parlimen. Jadi berdasarkan maklumat yang kentang berikan kentang rasa anda sendiri sudah tahu bagaimana nak merealisasikan hudud. Ianya sangat sukar tapi tidak mustahil, betulkan niat dan cara berjuang anda mudah-mudahan kita berjaya melaksanakan hudud.
Cikgu sejarah kentang pernah bertanya mengapa kita perlu belajar sejarah, dan jawapannya ada dibelakang buku tersebut iaitu supaya tidak mengulangi sejarah tersebut. Tapi, pada budak statistik macam kentang, kentang berpendapat, kita belajar sejarah untuk meramalkan masa hadapan. Dan apa yang kentang belajar ialah apabila orang Melayu berebut sesuatu sesama mereka atas sifat tamak, dan dia tidak mampu memenanginya lantas meminta bantuan luar maka inilah saatnya orang Melayu tewas dan dijajah. Jika hal ini berlaku, 50 tahun akan datang siapakah yang akan cucu cicit kita lihat sebagai penjahat?
We never learn do we?
blh dijalankan,xde mslh tp make sure negara kita da capai ciri2 minima b4 hudud tu blh terlaksana..kalau sistem zakat pun xbtl,pas tu org mencuri,dia msh blh lepas dari hudud kan..
ReplyDeleteyang paling penting kena beri kefahaman tentang hudud dulu. Hudud basically prioritynya untuk elakkan orang yang tak bersalah dari dihukum. Sebab tu syarat-syarat dia kena ade 4 orang saksi. Kalau DNA ke video ke takleh jadi bahan bukti untuk hudud.
ReplyDelete