Single adalah perasaan terawal yang kita rasai. Ramai yang menyatakan betapa seronoknya zaman kanak-kanak. Dan salah satu yang menyebabkan keseronokkan itu adalah rasa single. Golongan yang dapat merasakan rasa single ini adalah golongan yang single secara sukarela dan bukan single secara paksaan. Bukan semua yang single dapat merasai perasaan ini kerana sekali anda tenggelam dalam kehangatan berpasangan maka amatlah sukar untuk anda berenang ke permukaan semula. Oleh itu, jika anda masih single dan belum pernah berpasangan maka ketahuilah apa yang bakal anda hilang. A great thing came with a great price.
Jika anda menghilangkan status single anda buat kali yang pertama ketahuilah betapa sukar untuk anda memiliki rasa single itu kembali. Perasaan berpasangan itu ibarat dadah. Sekali merasai sudah pasti inginkan lagi.Dan dadah itu sudah pastinya merbahaya.
Kalau bahaya dadah itu merosakkan akal dan tubuh badan maka bahaya berpasangan itu merosakkan pertimbangan dan keadilan. Walaubagaimanapun bukan semua dadah itu memudaratkan kerana sebahagian jenis dan dengan dos yang betul ianya boleh dijadikan ubat, maka begitu jugalah dalam berpasangan. Tetapi yang dapat memberikan dadah yang betul dan dengan dos yang betul mestilah dari doktor atau ahli farmasi, begitu jualah dengan berpasangan. Jangan dilupakan juga tentang kewujudan kos untuk membeli ubat-ubatan.
Jika ada antara kita mahupun rakan-rakan kita yang clash dapat kita lihat apa yang terjadi pada diri orang tersebut. Sebahagian akan mencari pasangan baru, sebahagian akan merungut tentang dirinya yang tidak mempunyai pasangan.
Yang mencari pasangan itu kebanyakkannya atas dasar terdesak atau boleh diungkapkan dengan perkataan "kalau heroin tak dapat, ganja pun jadilah". Pemilihan pengganti pasangannya bukan lagi kerana perasaannya tetapi lebih kepada menampal lubang yang kosong. Maka, permasalahan yang lebih teruk bakal terjadi. Mungkin ianya mengundang perpisahan lagi, mungkin juga mengundang pasangan tanpa feel, mungkin mengundang menyeksaan jiwa kerana memilih orang yang salah. Pendek kata golongan ini kurang daya pertimbangan serta tidak lagi mampu menyelami keinginan dan keperluan diri sendiri.
Bagi yang tidak berjaya menggantikan pasangannya sudah pasti hidup dalam kesengsaraan. Bayangkan seorang penagih dadah melalui kehidupan dipusat serenti, cukup sengsara. Dalu semasa ada pasangan mungkin hari-hari berSMS, bergayut mahupun berdating. Kini semuanya sudah tiada. Yang lebih teruk lagi jika mereka ini terlalu asyik bercinta dan mengabaikan kawan-kawan, apabila sudah clash dan ingin berdepan dengan kawan-kawan bagaikan "hidup segan mati tak mahu". Tapi, biasanya kawan-kawan akan menemani anda tak kira betapa anda lahanat perangai semasa berpasangan. Jangan risau.
Golongan yang tidak berjaya menggantikan pasangan (dengan segera) ini amatlah rugi jika tiba-tiba berjaya menawan hati seseorang setelah lama mencuba kerana kebarangkalian anda untuk mendapat pasangan yang tidak sesuai amatlah tinggi. Bayangkan, anda terus mencuba dan mencuba, sudah pasti sampai satu takat anda akan kurangkan taste dalam memilih pasangan baru. Dan jika ini berlaku, situasi anda lebih teruk daripada orang yang menggantikan pasangan dengan segera.
Bagi golongan yang terus berjuang dan berjuang melawan keinginan berpasangan sehingga perasaan mereka neutral pula akan menghadapi pelbagai dugaan. Tetapi, ketahuilah bahawa ianya sangat berbaloi. Mungkin pada selamasa anda berjuang itu anda akan jatuh hati pada seseorang tetapi pastikan diri anda betul-betul neutral dahulu dan tidak dipengaruhi oleh perasaan lama. Jika anda sudah neutral, keputusan terletak ditangan anda dan kentang pasti dengan pengalaman yang ada, peluang untuk berkekalan kali ini sangat cerah.
Persoalannya, bagaimana hendak tahu yang anda sudah betul-betul neutral?
1) Anda tidak terdesak untuk berpasangan iaitu anda sudah nampak dalam meneruskan kehidupan terdapat banyak pilihan antaranya untuk terus single atau kembali berpasangan.
2) Jika ingin berpasangan ianya lebih kepada menjumpai berbanding mencari.
oh.
ReplyDeleteterbaik....tak dapat heroin,ganja pon jadilah... hahahah...
ReplyDelete