Nota: Post kali ini adalah pendapat kentang sahaja, don't take it serious if don't agree with it. But you are welcome to share some idea.
Semalam kentang membaca artikel bangsa MIM tulisan Nusanaga. Kononnya bangsa MIM ni sangat gah, bakal mewarisi "Ilmu segala" warisan Nabi Allah Adam A.S. Dan bangsa MIM ni adalah bangsa yang hilang atau "lost tribe" yang kononnya terdiri daripada 70 orang bersama Nabi Allah Musa menuju ke suatu tempat iaitu tanah asal bangsa MIM(Tanah Melayu).
Seronok bukan tahu yang kita orang Melayu kononnya satu bangsa yang gah? Persoalannya ada ape kalau betul pon? Untuk rasa kita hebat? Lepas tu seronok? Manye kentang tak berapa minat dengan sejarah agaknya. Kentang lebih melihat kepada hasil pada masa hadapan. Benda-benda macam ni takde hasil pon malah membawa kemusnahan ada la.
Berbalik pada topik asal, iaitu Nasionalisme. Orang PAS marah betol dengar Nasionalisme ni. Mereka cakap nasionalisme tu takde makna apa-apa dan dah macam dosa pulak. Heran, cukup heran. Sedangkan yang menciptakan bangsa itu adalah Allah sendiri. So, pada kentang, mesti ada sebab disebalik penciptaan bangsa.
Pada pendapat kentang setiap bangsa diletakkan disuatu tempat kerana bangsa itu sesuai untuk mentadbir tempat itu. Seperti orang Melayu diletakkan di Malaysia awal kerana meraka adalah bangsa yang dapat menguruskan negara Malaysia dengan lebih baik. Maka selepas bangsa Melayu wujud maka bangsa-bangsa lain mula dibawa masuk. Ini membuktikan bahawa dunia ni hak Allah, bebas untuk sesiapa berhijrah mencari rezeki tapi yang paling afdal untuk memerintah telah ditetapkan iaitu bangsa awal.
Untuk pemahaman yang lebih baik cuba kita renungkan apa yang akan terjadi jika orang miskin tiba-tiba menjadi kaya? Orang yang kaya tiba-tiba menjadi miskin? Orang kaya masuk kampung? Orang kampung masuk bandar? Senang cakap tengok kat Universiti yang orang miskin dapat PTPTN pon dah boleh rasa perbezaan macam mana kan?
Orang-orang selain bangsa asal secara amnya tidak layak memerintah kerana cenderung melakukan kezaliman.
Anwar Ibrahim pernah berkata "Ketuanan Melayu ape? Kerja sapu sampah lepas tu orang panggil tuan rasa seronok?". Inilah kata-kata Anwar Ibrahim ketika ingin menghapuskan hak orang melayu demi mendapat undi. Sedangkan dalam perlembagaan sudah tertakluk hak-hak orang melayu bukan?
Kentang bagi contoh, ada seorang peneroka ingin meneroka satu kawasan. Selama 15 tahun dia berusaha membersihkan kawasan itu untuk dimajukan dan pada tahun ke-15 terdapat kelompok manusia yang nampak masa depan kawasan tersebut dah ingin menyertainya. Dan kawasan tersebut berjaya dimajukan 5 tahun selepas itu. Soalannya: Siapa yang paling berhak terhadap kawasan itu?
Orang PAS dan PKR sibuk nak hapuskan hak orang Melayu, kononnya menindas kaum lain. Persoalannya adakah kita hari ini orang Melayu menindas kaum lain? Yang kentang faham kelebihan perlu diberikan kepada yang asal. Rasanya hari ini orang Cina banyak yang kaya raya dan orang India mampu menjadi orang ke-2 terkaya di Malaysia. Adakah hak orang Melayu itu lebih kepada menindas atau untuk mengekalkan identiti orang Melayu?
Bangganya PAS dan PKR berjuang untuk keadilan. Mereka berpegang kepada adil itu hak sama rata. Itu adalah sangat noob sekali. Sedangkan maksud adil yang sebenarnya ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, sila lihat sini. Kononnya kalau tiada hak keistimewaan orang Melayu barulah adil, sama rata. Ya, mereka berjuang demi undi kaum-kaum lain. Mereka sangat adil.
Bila merampas itu lebih mulia dari mempertahankan inilah jadinya. Mempertahankan hak orang Melayu itu zalim, merampas hak orang Melayu itu adil. Adakah kita tergolong dalam golongan ini? Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment