25 September 2011

Tentang Perasaan Takut

Pensyarah subjek pemasaran/marketing kentang pernah bertanya kepada pelajar kelas kentang tentang perasaan yang digunakan untuk mengawal penguna supaya membeli produk yang dijual. Pelbagai jawapan yang diberikan tetapi tiada satu pun yang betol. Jawapannya ialah perasaan takut.

Perasaan takut adalah perasaan yang paling berkesan/effective yang boleh digunakan untuk memaksa, menguasai atau mengawal orang lain. Apabila kita takut maka daya berfikir kita kurang, yang kita fikirkan cuma bagaimana ingin melepaskan diri sahaja tanpa mempertimbangkan perkara lain. Selain itu perasaan takut juga menyebabkan kita melihat jalan penyelesaian yang biasa/common sahaja dan tidak dapat memikirkan jalan penyelesaian alternative.

Jika kita mahukan sesuatu dari seseorang kita boleh mencipta laluan pilihan paksaan dengan menggunakan rasa takut. Sebagai contoh dalam drama "Leverage" season 3, kentang tak berapa ingat sangat cerita dia tapi lebih kurang macam ni. Disebabkan password mangsa ni terlalu kebal dan tak boleh nak ditembusi oleh geng leverage ni dorang cipta satu event reunion dan jemput mangsa attend reunion ni. Dalam reunion ni geng leverage asik buat mangsa teringat kat satu perkataan je. Selepas beberapa konflik yang dibuat, akhirnya geng leverage ni cakap dia dah berjaya crack password, disebabkan takut dan cemas mangsa cepat-cepat tukar password dia guna henfon. Malangnya mangsa tak dapat berfikir dan nak cepat maka password baru ialah perkataan yang dorang buat mangsa teringat. Elok je mangsa tukar password dorang pun terus hack dan berjaya. Boleh faham tak? hahaha.

Contoh simple pulak ialah bila kita nak kejutkan seseorang dari tidur. Kita tahu dia takut lipas. Cuba cakap lipas-lipas! Tengok camne kadar bangun dia tu. Well, mungkin ada orang cakap perasaan lain juga boleh dimanipulasikan contohnya kasih sayang. Katakan orang yang kita nak kejutkan dari tidur ni ade awek dan dia sangat sayangkan awek dia. Agak-agak kalau kita cakap lipas atau cakap awek dia col mane yang lebih effective?

Tanpa kita sedari banyak pihak yang memanipulasikan perasaan takut ini ke atas diri kita. Jadi apabila pihak-pihak tertentu cuba memanipulasikan perasaan takut, hendaklah kita bertenang dahulu, fikirkan yang terbaik dan kalau dah takut sangat sampai tak boleh berfikir kita minta pandangan orang lain. Jangan buat keputusan dalam perasaan takut.

Contoh-contoh bagaimana perasaan takut dimanipulasikan:

Orang-orang syiah menggunakan hadis "Sesungguhnya aku tinggalkan 2 perkara dan jika kamu berpegang kepada keduanya kamu tidak akan sesat iaitu Al-Quran dan iteratku". Iterat itu mereka tafsir keturunanku. So, kalau tak join syiah ni anda bukan Islam.

Orang PAS menggunakan isu hudud untuk menarik undi. Kononnya kalau undi UMNO yang tolak hudud itu boleh munafik/kafir.

Orang yang putus cinta kenapa frust menongeng? Yela, dah couple 8 tahun, awek cantik plak tu dan bla bla bla. Rasa cam nak mati je ni. Well, sebenarnya dia takut dia tak akan dapat awek yang macam tu or better pada masa akan datang. Cuba elok je dia clash, kawan dia cakap "Elokla ko dah clash, Suzy (Miss A) dengan Jiyeon (T-ARA) nak berkenalan dengan ko". Agak-agak ade tak secebis rasa sedih kat diri dia?



Dalam cerita reality tv korea Running Man episod 59, ada satu permainan ni macam permainan liar game. Peserta ialah sebanyak 12 orang, 1 team dibahagikan kepada 4 orang. Tetapi sebenarnya setiap team ada spy. So, yang sebenarnya setiap team ada 3 orang kerana team spy ada 3 orang iaitu seorang dalam setiap team. Tujuan spy team adalah untuk menggagalkan team yang mereka mereka. Sampai stage terakhir permainan tarik pelekat nama dibelakang baju peserta, last skali yang tinggal ialah 3 orang team spy dan 1 team bukan spy tapi dia ni bini kepada team spy. Oleh kerana tak sanggup kianat awal-awal so kena simpan last-last. Dah last skali laki tu bagi taw. Dan nak tarik pelekat kat baju bini dia. Relax je bini dia sound "Lepas ni yang nak balik rumah dengan saya ialah awak bukannya mereka(team spy yang lain)". Terus tak jadi tarik pelekat tu. Last skali laki tu peluk bini dia dan mereka tarik pelekat masing-masing untuk bagi fair. Ending yang romantis. Huhu.

Dalam siri Arrival ade cakap orang Freemason menggunakan orang-orang miskin untuk menakutkan golongan sederhana dengan kemiskinan supaya mereka bekerja keras untuk geng-geng freemason instead of berjuang dijalan yang sepatutnya. 

Ulama-ulama Syiah menggunakan statement yang kalau lawan mereka macam dah lawan Allah supaya pengikutnya tak mempertikaikan tindak tanduk mereka.

Raja-raja zaman dahulu menggunakan cerita kononnya mereka mempunyai kesaktian dan boleh membuat sumpahan untuk mendapatkan ketaatan.

Takut kepada hantu digunakan oleh syaitan untuk kita percaya pada bomoh.

Bak kata Gildarts dalam anime Fairy Tail "Ketakutan itu perlu tetapi takut ditempat yang betul". Jadi, bersederhanalah dalam rasa takut dan letaklah ketakutan itu ditempat yang betul.

No comments:

Post a Comment