Suatu ketika dahulu, kentang berfahaman rampas awek orang itu awesome. Lagi pon yang lawa kebanyakkannya semua awek orang kot. Takkan nak tunggu mereka clash baru nak try. Jenuhla nak update, lepas tu kalau elok je lepas clash ade orang berjaya time square camne plak? Tunggu lagi? Cammon' la.
Tak lama lepas tu kentang tak sengaja terserius dengan someone kemudian dia dirampas oleh seseorang. Baru kau tahu kan kentang? Boleh tahan 4 tahun baru bebas sepenuhnya dari rasa teruk itu. Dalam period itu, berkat dorongan kawan-kawan, ideologi jangan rampas awek orang mula menular dalam diri kentang. Al-maklumla taknak bagi orang lain rasa apa yang kentang rasa kerana rasanya amat teruk sekali.
Setelah bebas dari perasaan itu dan masih single hingga kini banyak yang kentang belajar. Jadi kentang nak kongsi la dengan kawan-kawan blogger semua.
Cuba bayangkan anda suka kat seseorang yang dah berpunya. *Berpunya disini tidak termasuk bini orang okey? Laki orang boleh dikira sebab kouta ade 4 kan?* Nak ke just let go? Kenapa nak let go?
Let say anda pilih let go, ape sebab anda? Tak nak rampas kebahagiaan orang lain? Mane anda tahu mereka itu sedang/akan bahagia? Then? sebabnya tak nak rampas hak orang, mane anda tahu itu hak orang dan bukan hak anda? Sebenarnya anda tidak tahu apa-apa tentang masa depan atau jodoh anda.
Sambung cerita kentang tadi. Selepas kentang terlepas dari perasaan teruk itu kentang fikir-fikir balik yang sebenarnya sangat bagus kentang putus. Kepada orang yang merampas ex-kentang, kentang nak ucapkan terima kasih sangat. You did free me from her.
So, maybe anda ingat yang kentang cakap macam tu sebab kentang dapat awek yang lagi baik kan? Haha. Tak pon sampai sekarang single je coz takde orang nak. Atau mungkin anda ingat yang awek tu tettt kan? Tak gak dia ok je cuma bila fikir-fikir balik kami memang tak sesuai. Dan kentang sesuai dengan kehidupan kentang sekarang.
So, pada kentang kalau anda berminat dengan seseorang takyah la nak risau dah berpunya ke apa ke just go on. Awek kawan tak awek kawan, tunang orang tak tunang orang asalkan bukan bini orang sudah.
"Survival the fittest"
"Best man win"
"Sedangkan kapal terbang dilangit pon boleh dirampas, inikan tunang orang didarat"
Bahaya fahaman kau ni 😂
ReplyDelete