24 April 2011

Tentang Golongan Anti-Couple

Beliau berkata,

“Couple tu haram”
“Maksiatla couple-couple ni”
“Couple-couple ni useless, takde manfaatnya”


Ramai yang Kentang lihat menyertai golongan anti-couple ni. Bukan Kentang nak menentang golongan anti-couple dan bukan juga kerana Kentang sedang couple, so Kentang nak back up lah golongan couple.

Kentang ni memangla takde sape yang nak, so secara automatiknya Kentang adalah single. Nak cakap golongan anti-couple ni sesat pon tak boleh, sebabnya ape pulak hukumnya couple dalam Islam kan. Tapi wujudnya golongan anti-couple yang tidak layak nak sound lebih-lebih pada dasarnya. Jom tengok ape yang Kentang maksudkan.

Tidak pernah couple kerana tidak pernah menginginkan couple.
Golongan ni memang sedap berkata. Couple tu apela, couple tu ini la dan bla bla bla. Pada Kentang mereka ni adalah golongan yang tak layak bising. Yela, anda bolehla cakap macam tu sebab anda takde rasa perlunya couple. Hidup anda penuh. Macamne plak dengan mereka yang jiwanya kosong?. Anda ni ibarat seorang lelaki yang cakap “Ape susah perempuan beranak, macam berak je ape, berak tu sedap kot”

Sudah berkahwin sekarang tetapi sebelum kahwin beliau couple dengan isteri/suaminya yang sekarang.
Ni Kentang nak cakap ape pon dah tak taw. Dulu masa belum kahwin, bukan main ye. Bila dah kahwin, dah ‘dapat’ bolehla nak cakap nila, nak cakap tula. Oi!! Sedorle diri kome sikit.

Yang telah mati keinginannya terhadap couple kerana sesuatu dan pada masa adanya keinginan itu tidak dapat dia menahannya.
Maksud yang ni memang susah nak faham. Cuma certain orang yang pernah melaluinye je taw. Yang type-type macam ni pun sama. Dulu masa hidup keinginan bukan main anda ye. Bila dah terjadi peristiwa tu baru anda nak jadi ustaz lah ye.
 
Tidakla Kentang galakkan couple, tidaklah Kentang back up couple tapi orang-orang seperti diatas senangla nak cakap, sebab dah anda macam tu kan? Fikir-fikirkanla.

Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

‘Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya: Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)? Maka ia menjawab: Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.’

20 April 2011

Aku yang emosi

Slot kali ni Kentang_ mungkin nampak kasar sikit dan tidak sesuai untuk tatapan umum sebab tadi memang Kentang_ tension yang sangat-sangat. Bukan selalu Kentang_ tension tapi bila dah tension, maka.. Sebenarnya da tak tension pon, dah reda pon. Setengah jam je tensionnye.

Telsebutlah kisah.....

Tadi pukul 1.45 pm aku bergegas ke kedai print. Nak print assignment. Dahla kelas pukul 2.00 pm. Kelas dahla calculus final (nak sampaikan yang subjek tu sangat susah) pastu aku pon dah banyak ponteng, maka kalau aku ponteng lagi aku akan bakal arwah (kena bar dari ambil exam). Tapi assignment ni pon penting sebab group assignment, kalau aku tak print maka aku dah libatkan pihak yang tak bersalah demi kepentingan diri sendiri.

Pendrive aku dah bape kali aku beli, dan berapa kali itu jugakla hilang. Ada yang kawan aku ambil tapi dia buat cam tak tahu je dan terus buat macam pendrive mereka. Aku tak kisah, dah dia tu kawan aku, biarlah. Tapi, yang kebanyakannya aku wakaf kat kedai printer . Maklumlah, terpengaruh dengan sifat aku masa zaman budak-budak. Dah dapat mainan kat shopping complex, nanges nak balek rumah.



So, aku dah tak beli pendrive dan dah takdela pendrivenye. Ape yang ada cuma external hard disk aku yang 1 Terabyte tu. Maka, aku pon bawa la ke kedai printer. Kedai printer University Awam la kata kan memangla zaman bila punya komputer aku pon tak taw. Asal aku cucuk je restart, tukar pc lain pon macam tu sampai 3 kali. Sebab dah lambat (kan ade kelas calculus) maka aku blah jela, cari kedai lain pulak. *External aku ok sebab sekarang aku cucuk kat laptop aku ok je boleh bukak.

Kali ni aku pergi lab University Awam. Aku penah guna External aku kat lab tu, boleh je tapi masa tu ade sorang brother cool ni jaga. Lab ni aku nak cerita yang boleh print kat 2 PC je sebab tu je yang ade link, mungkin sebab nak secure nanti ade orang print tak nak ngaku kan dah rugi. Kali ni aku pergi, ade sorang minah ni jaga, PC yang ada pulak satu(yang boleh print iaitu yang sedang dia pakai) je kat situ tak taw kenapa hilang lagi satu sebab dah lama tak melawat.

Minah tu sedang guna internet download ke ape aku tak pasti. Lepas tu aku datang, dia mintak external aku dan aku pon bagi jela. Biasala external 1 Tera memang lambat sikit nak detect, lagi pon PC tu pon zaman bila dah. Pastu minah ni cucuk kejap macam tak detect dia terus tarik, dua tiga kali dia buat macam tu aku pun cakap “biasala, external memang lambat sikit coz 1 Terabyte”. Memang dah dari tadi aku datang dia buat muka ketat, lantas dia mengetatkan lagi muka beliau. Yela, aku ‘ganggu kot dia nak online’(patot buatla kerja ko!). Brother yang dulu tu bapak cool gila siap ade 2 PC, 1 orang tengah guna, nampak aku tunggu turn dia terus offer suruh print guna PC yang dia tengah pakai (yang satu lagi). Aku tak mintak pon. Nampak tak?

Takpela aku kalau orang dah macam ni aku blah je, malas nak layan. Aku pun pegi kat hostel kediaman lama aku, jam dah menunjukkan pukul 2.03 pm dalam hati aku berkata “sempat lagi ni lewat sikit kot”.  Jenuh aku bertanya. Last-last  aku tanya la salah seorang dari junior aku dulu. Sapa ade printer? Orang ni cakap Encik A ni ade printer, aku pun pergi ke bilik Encik A, tapi Encik A takde yang ade roomate Encik A. So, aku tanye berkenaan dengan printer, dia cakap printer Encik A da takde ink. Berlakula dialog dibawah:

Aku : Sape lagi ade printer?
Beliau: Junior yang sekian sekian ade. *sekian tu andaikan dia tengah sebut nama seseorang
Aku: Weh, tolongla aku kali ni, aku tak kenal junior tu. Tolong mintak print, aku bayar kalau kena charge pon.
Beliau: Bilik dia kat tingkat bawah (iaitu satu tingkat dari tingkat dia, sambil buat gaya malas nak jalan ke sana)

Lantas, aku pon menyirap dan blah sambil berkata “tak nak tolong takpela” baru terhegeh-hegeh nak bangun. Tapi dah terlambat, dalam hati aku berkata “pergi mampos kau la”.

Sebab aku bukan jenis mengungkit, aku taknakla cerita jasa-jasa aku terhadap beliau. Senang cakap aku ni macam Along yang kalau orang tak nak bayar hutang pon takpe dan juga syarikat sewa kerata yang tak charge sewa malah kalau masa pinjam minyak kereta full, pulangkan balek dengan tangki kosong pon takpe.

Sambil meninggalkan bilik beliau aku pon menyupah seranah dalam hati sambil berasa tertekan yang nak buat macamna ni sebab assignment tu kena hantar sebelum pukul 3.30 pm, manakala sekarang ni ada kelas sampai pukul 3.30 pm.

Baru aku sedar yang aku ada kelas setelah jam menunjukkan pukul 2.33 pm. Maka secara automatik rasa tension aku pon hilang serta-merta sebabnya, nak tension-tension ape, sebab aku bukan nak cepat pergi kelas pon sebabnya kelas dah separuh masa kot. Takdir aku untuk memonteng kelas itu telah ditentukan. Aku redha, aku pasrah. Pasal beliau yang tak nak tolong aku, adakah aku marah? Tidak, aku cuma sedih beliau. Aku kasihan melihat orang-orang sebegitu.



Disebabkan banyak masa aku pun mengambil jalan yang panjang. Aku pergi bank, cucuk duit dan pergi ke kedai pendrive. Malangnya kedai pendrive tu tutup. Maka aku pon balik bilik. Pukul 3.00pm aku mencuba nasib sekali lagi, kali ini aku berjaya membeli pendrive. Aku transfer data guna laptop aku kedalam pendrive dan print kat kedai yang pertama aku datang tadi. Assignment tersebot sudah selamat dihantar. Sekian sahaja dari aku

Aku ialah Kentang_ yang emosi

17 April 2011

Tentang Keadilan

Kentang_ tidak faham mengapa beliau-beliau yang bukan bumiputera seringkali membuat bising tentang hak-hak orang Melayu. Bukankah dalam perlembagaan telah termaktub berkenaan dengan hak istimewa orang Melayu?

Beliau menuduh yang orang Melayu ini tidak adil dalam pelbagai perkara. Antaranya isu Uitm, MRSM dan Matrikulasi. Katanya, kerajaan tidak adil terhadap mereka. Tapi, apakah itu maksud adil? Kata beliau yang adil itu adalah dengan memberikan hak yang sama rata, tiada lagi sistem kouta. Benarkah itu maksud adil? Sama rata? Mari kita lihat situasi ini.




Beliau adalah seorang yang mengaku dirinya seorang yang adil dan beliau mempunyai 3 buku roti untuk disedekahkan kepada orang lain. Maka, beliau pon bertemu dengan 3 orang iaitu Encik A, Encik B dan Encik C.

Encik A dalah seorang yang miskin, sudah 2 hari tidak makan.
Encik B pula sederhana orangnya, makan 3 kali sehari.
Manakala Encik C adalah orang yang kaya raya, pemilik sebuah Hotel 5 bintang. Nak makan ape pon sume dapat.

Oleh kerana beliau seorang yang ‘adil’ maka beliau pon memberikan seorang 1 buku roti.


14 April 2011

Tentang Harga Petrol

Beliau berkata,

“Harga minyak naik lagi! Ni lah kerajaan, suka ambil kesempatan terhadap rakyat”
“Mereka orang kaya, bolehlah naikkan harga minyak, mana nak fikir kita orang-orang miskin ni”
“Lepas pilihan raya je mesti naikkan harga minyak”
“Saya berjanji kalau esok saya menang pilihan raya, saya akan turunkan harga minyak”

Macam-macamlah beliau ni. Ini adalah pemikiran-pemikiran yang patut anda elak. Harga minyak naik nak salahkan kerajaan, harga minyak nak ambil kesempatan. Anda kebanyakannya ditipu sebab harga minyak. Harga minyak buat anda memperbodohkan dan mengemosikan diri anda yang tidak tahu berfikir tetapi claim “Saya adalah seorang yang berfikiran out of the box”.

“Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang turunkan harga minyak kalau harga minyak dunia turun”

Wah! Baiknya kerajaan sebegini. Kita patut undi kerajaan yang bakal implement polisi macam ni.

Encik A: Baik ker???

Beliau: Mestilah, kalau macam ni baru kerajaan prihatin. Rakyat pon boleh bertoleransi kalau kerajaan naikkan harga minyak kalau begini.

Encik A: Nak ubah topik boleh?

Beliau: Ok! Cam bosan je cerita pasal topik ni coz bukan kerajaan Malaysia ni prihatin pon kn?

Encik A: Erk? Kalau harga minyak naik ape effect yang paling anda tak boleh blah?

Beliau: Mestilah harga barang naik.

Encik A: Kalau harga minyak turun ape yang best sangat?

Beliau: Harga minyak turun, so, jimat sket kalau kuar jenjalan naik kereta

Encik A: Tiba-tiba minyak yang turun tu kena naik balek harga sebab harga minyak dunia naik balik? Anda pon cakap boleh toleransi dengan kerajaan kan sebab lepas pilihan raya hari tu beliau turunkan harga minyak? So, ape yang akan jadi?

Beliau: Ala... Harga barang naikla lagi..

Encik A: Kesimpulannya?

Beliau: Kerajaan toleransilah. Bagus ape. Hik hik hik!

Nampaknya beliau tidak sedar yang kalau harga minyak turun, harga barang tak turun. Kalau harga minyak naik, harga barang makin naik. So, kalaula parti bodoh turunkan harga minyak sebab nak undi, nanti bila terpaksa naikkan balik harga minyak, harga barang yang double triple. Ni la akibatnya kalau terlampau out of the box.

Kesimpulan: Harga minyak naik (harga barang naik) pastu harga minyak turun (harga barang stay) pastu harga minyak naik balik (harga minyak naik lagi) dan seterusnya. Ini yang anda mahu??


13 April 2011

Tentang Rules

Kali ni Kentang_ nak bincang tentang rules ni. Banyak falsampah telah dilahirkan untuk menjelaskan kenapa peraturan dibuat. Jom kita jenguk.

Falsampah 1: “Rules are made to be broken”

Ni adalah falsampah yang terpaling famous sekali. Bila orang yang tak pernah dengar falsampah ni maka tertampalla dalam minda beliau “pergh! Cool gila ayat ni”, “betol gak kan ape yang dorang cakap ni” dan macam-macam lagi. Lantas beliau pon menjadikan falsampah ni sebagai salah satu prinsip hidup beliau serta menganggap dengan adanya falsampah begini dalam pemikiran beliau dapat menyebabkan pemikiran beliau bertaraf pemikiran out of the box.

Jenis orang yang mengamalkan falsampah ni adalah orang yang berfahaman kapitalis dan liberal. Semua pon boleh buat asalkan yang untung tu diri beliau dengan kata lain “niat menghalalkan cara”.

Kentang_ nak ambil contoh dalam banking area. Orang yang jenis ni akan cakap “Interest adalah halal. Zaman Rasulullah dulu mana ada bank tu yang nabi cakap riba tu haram. Common! Modenla sikit oi!”.

Falsampah 2: Rules are made to be broken nicely

Falsampah kali ni ada sedikit penambahan dalam falsampah yang sebelom ni. Falsampah asal dia panjang so Kentang_ ringkaskan jadi macam ni. Falsampah asal kalau tak silap Kentang_ “we need to learn and gain knowledge so we can break the rules nicely”. Ini lagi cool dari falsampah yang sebelom ni. Lantas beliau pon dah tak nak guna falsampah “Rules are made to be broken” lalu menggantikannya dengan falsampah “Rules are made to be broken nicely” dan seterusnya menganggap diri beliau sudah lebih upgrade. Beliau berkata dalam hati dengan bangganya “Sekarang taraf pemikiran aku dah lebih out of the box”.

Orang yang berfikiran tahap ni Kentang_ klasifikasikan dalam pemikiran tahap freemason. Orang yang jenis ni akan claim ape yang beliau buat ni adalah dengan cara yang betol. Memangla cara tu nampak betol, sebabnya dah dibetolkan dengan penipuan. Maka termaktubla cara menghalalkan niat.

Contoh kali ni macam ‘Islamic’ banking. Situasinya Encik A nak pinjam RM2000 tapi beliau nak suruh Encik A bayar balek RM3000. Beliau tak nak orang cakap beliau amalkan riba’. Riba’ itu haram. So, beliau mencetuskan satu idea dari knowledge beliau. Maka terhasilla dialog dibawah.

Encik A: Saya nak pinjam duit RM2000 boleh tak?

Beliau: Pinjam duit tu nak buat apa?

Encik A: Saya nak beli laptop

Beliau: Boleh je tapi kena bayar balik RM3000. Setuju?

Encik A: Tu macam ada unsur-unsur riba’ tu. Riba’ tu haram.

Beliau: Memang riba’ tu haram. Kami pon tak amalkan konsep riba’. Kami amalkan konsep jual beli. Laptop tu Encik A andaikan pihak kami yang beli dengan RM2000. Lepas tu kami jual balik dengan harga RM3000 pada Encik A. So, takde riba, yang ada cuma jual beli. So, maknenye Encik A beli laptop tu dengan harga RM3000 dari kami. Nanti bayarla balik kat kami RM3000. Takde interest pon. Kan? Bijak tak kami?

Encik A:....... (pulak!)

Falsampah 3: Rules are made to be follow

Falsampah kali ni nampak macam sampah je. Pengamal falsampah pertama dan kedua berkata “Pergh! Tak advance langsung anda ni. Tak innovatif dan tak kreatif serta tak moden” “Katak dibawah tempurung” “otak didalam kotak” “otak tak berotak” “Nerd, geek, skema”.
Pak cik Kentang pernah berpesan kepada Kentang_ “Apa yang kita lihat itu adalah ilusi semata-mata, lihatla ape yang berada disebaliknya”. Apakah maskud disebalik Rules are made to be follow?

Maksud 1: Rules are made to make something interesting. Contoh kalau main chess. Kenapa kuda tu jalan bentuk L yang pendek je? Jom kita break the rules bagi kuda tu boleh gerak L sepanjang mana dia mahu. So, sape jalan dulu boleh cepat-cepat cakap “checkmate”.

Maksud 2: Rules are made to balace the world. Contohnye dalam bab interest tadi. Tuan Bank adalah seorang yang kaya, orang yang nak pinjam duit adalah orang yang susah. Interest menyebabkan orang yang kaya makin kaya, orang yang susah makin susah.

Maksud 3: Rules are made for mutual benefit. Cuba calon pilihan raya bermanifesto “kalau anda undi saya, lepas ni takde dah interest pinjaman bank”. Apa yang akan berlaku?

Maksud 4 dan seterusnya: Kentang_ bagi peluang anda berfikirla pulak. Baru cargas minda anda semua.

Note: Rules yang Kentang_ maksudkan disini bukanlah rules yang manusia buat sebab rules yang manusia buat biasanya berlandaskan falsampah 2 iaitu Rules are made to be broken nicely sebab nak lari dari rules yang sebenar. Kalau dah rules yang dibuat pon dah macam tu. Boleh ke dikira sebagai rules?

10 April 2011

Away for few weeks!

Assalamualaikum semua!

So, aku nak maklumkan yang aku akan berhenti tulis guide untuk beberapa minggu ni. Sebab-sebabnya:

  1. Dalam beberapa minggu ni aku busy dengan personal stuff.
  2. Aku nak buat spesifikasi standard untuk guide aku. Ni dah macam terabur sangat pulak.
  3. Aku nak blajar photoshop sikit supaya nanti pixa-pixa dalam guide aku lebih menarik.
  4. Aku nak blaja handle blog ni. Camne nak bagi cantik sikit dan friendly user.
Walaubagaimana pon aku tetap jenguk blog aku hari-hari untuk follow blog yang aku follow, untuk cari blog-blog menarik yang lain dan untuk check kalau-kalau ade comment yang perlu dibalas.
Kalau korang ada idea atau permintaan untuk guide aku sila beritahu, tapi tak jaminla aku boleh tulis guide untuk semua hero. Aku pon boleh pakai dalam 50 hero je kot paling-paling banyak pon. Ape-ape pon aku akan cuba yang terbaik.

Sekian sahaja untuk kali ni.
Assalamualaikum!

7 April 2011

Atropos Version #1 (For Dummies)



Assalamualaikum semua!

Kali ni aku nak review most favret hero aku iaitu Atropos or Bane Elemental. Part yang paling menarik perhatian aku ialah appearance hero ni. Bapak stylo gler dah la kaler ungu. Pastu cuba tengok attributte dia semua same kot. Memangla tersangat unique. Bab skill pulak aku sangat suka skill Brain Sap dia, aku ni dahla memang jenis suka benda-benda lifesteal ni tak kira la game ape pon.

Sekarang jom bukak buku sejarah pulak, aku nak kasi korang ngantok sket. So, pas baca guide ni boleh teros tido, nanti bolehla mimpi korang tengah main Atropos pastu aku duduk sebelah korang ajar korang face to face. Tapi biasanye kalau aku ajar orang ni depan-depan memang boleh membawa pergadohan or at least ke’sentap’an kalau korang sensetif silap-silap teros tak nak main DotA teros sebab aku ni kalau memangla seorang tenaga pengajar yang garang. Maki-maki tu memang biasala walaupon aku tak main pon just duduk sebelah and ajar. So, kalau ade orang yang pernah belajar main DotA dengan aku komen post ni bolehla korang tanye dorang sendiri. Yela, kalau tak maki, memang buat salah same jela. Conclusion: Kalau korang tido after baca guide ni maka korang mempunyai probability yang tinggi untuk dapat nightmare. Dah macam kena skill Atropos la pulak. So, pas baca ni sila berlatik maen DotA ye. Hahaha. Ops! Dah meleret plak aku membebel.

Sekarang kembali kepada sejarah Atropos aku yang tertangguh sebab aku membebel tadi. Atropos ni adalah hero first time aku perform waktu lawan dengan AI. So, memang nostalgia glerla hero ni pada aku. Time tu aku noob terok kot, pakai Atropos ni dengan dagon. Noob-noob pon merasala kill AI gune hero ni, kalau tak memang kena buli terokla dengan AI. Camne aku kill AI time tu? Aku ulti dia pastu standby dagon, lepas dagon teros brain sap. Hahaha. Lawak kot teringat zaman tu.

So, guide aku kali ni adalah ‘guide for dummy’. Ape benda tu? Maknenye guide ni guide untuk beginner, untuk player yang advance tu nanti aku buat untuk korang tapi kena wajib pas Atropos yang ni dululah ye? Lagi satu please jangan sound aku “Atropos no dagger, no BKB? Noob guide!”. Seperti yang aku cakap ni untuk beginner punye guide. Beginner-beginner pon aku rasa tak macam susah jugak sebab Atropos ni ade 4 skill aktif. Aku sendiri sampai hari ni pon salunye main Atropos ni dah macam dia ade 3 skill je sebabnye aku asik terlupa gune skill Enfeeble dia jek.

Atropos ni sesuai untuk dijadikan platform untuk yang beginner tu naek taraf jadi advance player. Sebabnye:

1.    Ade 4 skill yang function berbeza. So, bila korang dah biasa maen Atropos ni korang akan taw skill ape untuk situasi ape dan bila nak gune skill tersebot. Contohnye kalau Brain Sap ni jenis skill turn table, elok-elok opponent bajet bleh menang tiba-tiba je yang jadi sebaliknye. Skill ni ade element psikology sikit cam skill Bladefury yunero yang mane korang cast spell tu pusing-pusing sambil psiko opponent lari ke tempat takde creep pastu teros ulti. Tapi psikologinye skill ni ialah bwat opponent confident boleh menang tapi last-last dia yang mati. Selain tu skill ni pon boleh dikira nuker skill cam skill Lightning Bolt Zeus tu. Walaupon nampak cam tak berapa nuker kan coz damage 300 je, tapi 300 tu pure damage kot, maknenye kalau opponent ade Hood of Defiance ke Antimage, Visage, Viper, or Pudge punye magic resistance ke tetap terima 300 damage. Skill Enfeeble plak skill yang unik, dah macam skill Razor yang sedut damage tapi ni lagi power, immediate remove damage bukan cam Razor yang sedut damage overtime pastu nak follow-follow lagi. Letih kot. Dahla range 1000, bapak jauhnye. Seterosnye skill Nightmare. Banyak gak gunenye, boleh jadi cam mini-ulti Naga Siren or cam stun-stun ke hex ke tak pon skill net Rhasta tu. Dan yang last skali ulti dia, ni bolehla belajar cara nak gune ulti yang channeling.

2.    Ni bab range dia, Atropos ni memangla hero range tapi range dekat je. So, range hero ni sederhara jauhla. Kepada yang belajar hero ni nanti korang senang kalau nak belajar guna hero melee or hero range yang betol-betol jauh. Coz kebanyakan orang yang biasa main hero range 600 ni tak reti nak guna hero melee coz tak reti nak lawan dekat-dekat ni. Orang yang biasa main hero melee pulak tak reti main hero range coz tak reti nak bajet range attack, pastu tak pandai nak maen hero yang HP sikit.


3.    Selain tu guna hero ni gak boleh buat korang pandai battle physical. Maksud aku lawan yang hit biasa. Coz walaupon dia ni hero Intel tapi dia ni more kepada Battle Mage. So, bukan je korang boleh terer Magic coz pandai guna skill aktif yang 4 tu malah cara nak lawan pon korang terer. So, nanti carier DotA korang punye range dari spellcaster sampai carry hero pon boleh pakai.



 
1.    Yang Brain Sap ni aku rasa memang korang sendiri faham kan? Memang kena max kan paling awalla kan. Yela tu skill nuker dia untuk kill, ks, or finishing. Selain tu boleh jadi skill harrass dan juga boleh jadi cam Healing slave serta boleh turn the table, time korang battle. Multipurpose kot.

2.    Nightmare tu pulak yang aku max kan second tapi tu adalah skill yang wajar korang nak first. Sebabnye nanti ade ape-ape emergency ke boleh guna untuk selamatkan diri or rakan-rakan.


3.    Enfeeble plak max kan yang paling last sebabnye awal-awal ni bukan perlu sangat nak tolak damage orang coz damage pon tak tinggi lagi, dan awal-awal ni more to magic war je. Takde maknenye nak pukul-pukul.

4.    Ulti plak upgrade whenever available.




Item starting ni biasa-biasa je. Just buat ape yang patot untuk survive awal-awal. Tapi sebabkan aku nak buat soul ring nanti, tu yang aku siap-siap beli ring of regeneration tu. Malas nak delay item.

Mula-mula nak decide lane. Lane mane yang korang patut pergi. Yang terbaik adalah solo. Tak kira lah solo mid ke solo top or solo bottom asalkan solo. Tapi aku nak merepek jap pasal laning ni. Kalau formasi 2-1-2 korang amikla lane mid solo. Kalau formasi 3-1-1 better korang amik if sentinal top, if scourge bottom. Sebabnye yang 3 tu untuk kill awal-awal. Lane sentinal botton, scourge top tu adalah lane advantage. So nak kill pon advantagela. Cam korang ni yang guna Atropos bukan nak kill pon just nak farm level. Yang mid pulak biasanye untuk hero yang farm gold. So, better bagi lane tu kat hero carry korang.

Dah sampai lane ape yang patut korang buat?

1.    Jangan mati, elakkan kena harras dan curi experience. Ape pon terjadi ni adalah priority utama korang. Jaga range, jangan sampai mati iaitu kalau korang laning dengan 2 stunner make sure jangan dekat sangat dengan dorang. Kalau tak dapat nak hit creep pon takpe, just curi expeience je sebab level adalah yang penting bagi korang, gold pulak cuma bonus je. Elakkan kena harrass, sebab nanti bila korang kena harrass terok, korang akan balek, bila korang balek korang dah rugi experience dah. Bab curi experience pulak, jaga range korang, jangan terlalu jauh dengan creep pulak, nanti bila creep mati korang tak dapat experience pulak. Take note, tujuan korang solo lane iaitu farm level.

2.    Apabila syarat-syarat (1) telah dipenuhi, kalau opponent tu tak merbahaya sangat korang bolehla last hit creep sebabnye tiap kalau korang berjaya last hit creep korang akan dapat extra experience yang boleh buat korang naik level cepat, gold pulak sebagai bonus.

3.    Apabila syarat-syarat (1) dan (2) telah dipenuhi, korang boleh lah denied creep.

4.    Harrass mereka? Jangan sesekali, sebabnye boleh menyebabkan (1) dilanggar. Selain itu kita biarkan mereka rasa diri mereka selesa.


 

Penerangan barang:

Soul Ring: Benda ni synergy dengan skill Brain Sap (assume level 4) korang. Tolak nyawa korang 150 HP pastu korang boleh sedut nyawa opponent 300 HP. So korang dapat kelebihan refill 150 HP korang, tolak 300 HP opponent, dan cuma menggunakan 50 mana iaitu, 200 mana diperlukan – 150 mana dari soul ring (sacrifice) = 50 mana. Selain itu, ia bertindak sebagai mini preseverance, dan aku rasa dengan adanye ability sacrifice ni korang boleh bertahan sampai late game cuma bergantung pada item ni sahaja untuk regen.

Magic Wand: Benda ni synergy dengan skill Brain Sap jugak. Brain sap bekalkan 300 extra HP dan 15 charge magic wand bekalkan 225 HP. So, korang punye HP sebenar adalah HP korang + 300 HP Brain sap + 225 HP magic wand.

Power Tread: Battle Mage perlukan attack speed dan jugak extra damage if korang guna power tread intel. Selain tu boleh bekalkan Mana Pool or HP pool depend pada attribute power tread yang korang pilih. Juga, dapat tambah movement speed korang yang memang dah laju tu jadi bertambah laju.

Camne nak handle early game?

Bermulanye era mengganas korang bila korang dah ada soul ring. Bila dah ade soul ring bolehla korang harrass dengan menggunakan Brain Sap tu. Tapi tak perlu nak harrass attack biasa taw. Sebabnye simpan niat membunuh tu, bagi dorang nampak korang ni cam bodoh je. So, bila dorang beranggapan camtu, maka bila nyawa dorang dah kuning pon dorang takkan risau. Inilah yang korang mahukan. So, berbekalkan ulti level 1 (5 saat), brain sap level 4, dan nightmare level 2 or 3 (tido selama 5 atau 6 saat). Kalau korang lane dengan 2 hero, korang tengok hero mane yang HP sikit mane yang banyak. Hero yang HP banyak tu korang Nightmare kan dia, lepas Nightmare kan hero yang banyak HP teros cepat-cepat korang ulti hero yang sikit HP. So, bajet-bajet ulti dah nak habis terus korang brain sap. Note: Jangan brain sap bila utli korang dah habis, brain sap betol-betol bila utli korang dah nak habis. Sebabnye kalau ulti korang dah habis dia stun dulu nanti camne? Buat rugi ulti je. Pastu kalau kawan dia dah sedar dari Nightmare, silap-silap korang yang mati. Camne nak bajet? Selalu main, lama-lama taw la. Jumlah damage maximum korang boleh buat ialah 500(utli 5 saat) + 300 (Brain sap) = 800 damage. 800 damage ni kalau early game memang konfem matila kot.




Vanguard: Benda ni la permulaan untuk korang evolve jadi Battle Mage. Dah ade benda ni, bolehla selamba derk masuk battle takyah takot-takot. Dahla block damage, pastu HP korang dah bertambah, ade Magic Wand pun HP back up 225, ade brain sap nye HP 300. Dah kebal benor dah ni.

Macamne plak setibanye mid game ni.

Ini adalah zaman korang jadi terrorist. Jangan dah lepak-lepak kat lane, merayap cari mangsa je. Ni adalah peak time korang digeruni. So, camne nak main? Gangbang, ganking, hunt, join battle, join war.

Bila gangbang: Ni maksudnye korang ramai-ramai menyerang musuh. Kalau korang yang initiate, teros je korang tido kan satu hero. Pastu sure hero yang laen lari sebab dah name gangbang sure hero korang lagi ramai so dia better selamatkan diri dulu. After terjaga dari tido terus ramai-ramai kill dia, time ni sila ks guna brain sap. Sape marah ko maki balik cakap “aku dah nightmare semua siap, memang hak aku lah nak ks pon”. Yang kedua kalauade hero lain berjaya stun satu hero dorang, korang tido kan satu hero lain pastu korang kill yang kena stun dulu, jangan lupa ks ye. Bila dah abis kill, tunggu hero yang korang tido kan tu jaga, pastu kill hero tu. Kalau tak dapat pon takpe at least dapat kill satu dah. Ulti? Dalam hal ni tak perlu ulti pon. Sebabnye kalau korang gangbang 3 orang, kalau korang masuk first pastu tidokan sorang dan ulti sorang, ade sorang lagi bole stun korang lantas menyebabkan rugi ulti. Tapi kalau sorang tu takde stun boleh jugak buat camtu.

Bila ganking: Ganking ni maknenye korang tida-tiba pop up kat area kawan korang tengah berdepan dengan pihak lawan, berdepan ni bukan nye tengah lawan, kadang-kadang saling berbalas last hit dengan deny je tapi lawan last hit/ deny tu face to facec la. Kalau sorang korang terus ulti je, kalau 2 orang, tido kan sorang pastu ulti sorang. Pastu kawan korang yang ade kat situ pon serangla hero yang diultikan dan korang pulak ks hero tu dengan brain sap. Pastu tunggu hero satu lagi hidop pastu korang kill lah beliau sekali, suruh teman kawan yang mati tadi kat fountain.

Bila Hunt: Hunt ni korang cari hero sorang-sorang. Kalau hero tu sorang sampai-sampai je kalau boleh makan teros je ulti+brain sap. Kalau tak boleh korang serang dulu. Kalau dia lari dah agak jauh, korang bagi Nightmare, agak-agak dah nak terjada dari tido, terus je ulti pastu brain sap. Kalau 2 orang, pulak, korang tido kan yang boleh stun pastu attak biasa satu lagi hero tu dalam 2-3 attack pastu teros ulti+brain sap.

Bila battle dan war: Mula-mula korang bagi skill Enfeeble dulu kat hero yang damage tinggi sebabnye skill ni boleh cast dari range 1000. Pastu teros masuk war cari hero opponent yang tak guna skill lagi, atau hero dorang yang baru nak ondaway nak join battle lantas tido kan beliau. Kalau hero jenis macam ni takde, maka tidokan hero tanker sebabnye dia nyawa banyak so, bila korang tido kan dia automatik kawan-kawan korang tak serang dia dah. Bagusla tak serang tanker, bunuh yang fragile-fragile je dulu. Nanti bila hero tanker tu jaga-jaga dari tido tak macam korang ramai-ramai attack dia sorang. Tanker tak tanker, kalau dah ramai pecah jugak tank tu. Ulti pulak bila pakai? Jangan terburu-buru guna ulti awal-awal. Lawan cam biasa dulu pon boleh. Ulti ni gune bila korang rasa takde yang menyebok stun korang ke ape ke. Kalau ade yang menyebok, lawan cam biasa je, so, maknenye lawan biasala sampai takde yang menyebok hidop. Kalau sampai tinggal sorang baru takde yang menyebok, maknenye battlela sampai tinggal sorang baru guna ulti, kalau sampai tinggal dua orang, sampai tinggal 2 orangla. Depends.

Priority nightmare:

1.    Hero yang baru nak join battle. Hero camni biasanye konfem tak guna skill dia lagi kan. So, biar battle ni bilangan korang lagi banyak.

2.    Hero yang tak guna skill. Hero yang tak guna skill lagi korang tido kan, yang dah guna skill buatpe tidokan sebabnye dia bukan kuat pon, dah takde skill kot.


3.    Jenis-jenis hero yang patut ditidurkan kalau syarat (2) tu dipenuhi. First, cari yang nuker, hero-hero yang boleh bagi direct damage. Second, cari yang boleh disable terutamanye yang stun AOE or hex.

4.    Kalau syarat-syarat (2) tak dipenuhi yakni semua hero dah guna skill, maka, tido kan yang tanker dulu. Sebab kalau dia ni takde baru kawan-kawan korang boleh fokus kill yang nyawa sikit.


5.    Kenapa tak kill carry hero dulu? Bukankah dia yang bahaya? Carry hero korang dah tolak damage guna Enfeeble. So, tak perlu nak risau sangat.




Desolator: Aku rasa korang patut siapkan item ni dulu berbandi cuirass. Bukan sahaja lebih murah, malah lebih effective. Kalau nak kebal cuirass tu vanguard dah cover dah part kebal tu. Skill-skill dia lagi. Btol tak? So, tambahkan damage dulu
Assult Cuirass: Item ni biasanye dapatkan after desolator. Baru attack bertambah laju, pastu armor pihak lawan semakin kurang. Memangla teramat sedih jadi opponent

So, time ni korang dah kebal, dah kuat, pastu semuala dah ade la. Ape lagi. Lawan jela. Skill tu jangan lupa manfaatkannye cam aku terangkan kat mid game tadi. Mission last skali, cuba kalahkan carry hero korang punye kill. Bersaingla dengan beliau.

Falsampah

“Anda mungkin dapat mengalahkan pihak lawan jika anda mendahuluinya, tapi anda sudah mengalahkan pihak lawan kalau anda mendahuluinya dan menyekat back up plan beliau”. Maksudnya, kalau korang dah battle 4 vs 5 pastu ade 1 hero dorang nak datang nak bagi 5 vs 5 pastu korang tidokan hero ni. Memangla terok nasib pihak lawan tu.

Sekian dari Kentang_
Assalamualaikum dan Selamat mencuba










6 April 2011

Crystal Maiden Version #1 (Normal)

 

Assalamualaikum semua!
           
Kali ni kita akan review sorang awek DotA plak. Aku panggil dia Cik Rylai. Cik Rylai ni dari luar nampak macam cold heart je kan? Dingin je kan? Tapi hakikatnye dia seorang yang sangat baik serta pemurah. Mane tidaknye, sanggup tu belajar ilmu (Brilliance Aura) untuk kepentingan bersama. Bukan tu je malah kelebihan-kelebihan laen dia ni pon semua ke arah untuk kebaikan bersama cam Crystal Nova serta Frostbite. Tapi, name pon pompuan salunye pompuan ni salu je jadi mangsa aim kan? Macam tu jugakla Cik Rylai ni. So, kalau korang pick dia ni pandai-pandaila jaga range tu, nanti kena terkam dengan jantan-jantan pihak lawan jangan salahkan aku pulak ye. Pompuan ni biasala, penuh dengan lemah lembut. Bukan stakat perangai kulit pon same, putih mulus gitu. So, ape yang aku nak sampaikan beliau ni sangatla soft ok. So, no tank-tank please. Bukan setakat lembut je malah lemah kot, hit 18 kali pon relax je DK gelak. Tapi walaupon fizikal tak berapa nak kuat, jangan dibuat main ilmu magicnye, makin tinggi ilmu ultinye, makin parah la kome. Walaubagaimana pon Rylai ni jenis pompuan yang independant malahan bwat hero-hero lain pulak depend pada beliau. Nanti aku terangkan dengan detail pasal ni ye.

Cik Rylai ni cara penggunannye ialah awal-awal support, mid game pon support, late game bolehla mengganas dengan ulti beliau. Rylai is all about magic, magic and magic. Sape suka lawan hit-hit ni sila jangan pilih beliau.

1.    Memang kalau aku gunekan Cik Rylai ni aku prefer naekkan Frostbite. Yelah, frostbite ni bukan je boleh men’disable’ hero malah boleh guna buat harrass yang ade extra harrass. Biasanye kalau aku gune Rylai memang aku akan jadi tukang harrass untuk lane aku. Mula-mula frostbite, frostbite itu sendiri dah ade damage yang boleh harrass ditambah pula dengan time orang tu beku memang aku serang la. Dapat 2-3 hit pon dah kira ok ape.

2.    Brilliance Aura pulak memang biasanye aku naekkan 2 level dulu. Okla tu support kawan-kawan kan? Nak lebih beli sendiri la item regen mana.


3.    Yang kepelikkannye aku naekkan Crystal Nove instead of ulti dia. Penjelasannye, macamne nak bagi utli aku kena? Susah tu, buat ulti kena stun, buat ulti orang lari. So, aku naekkan ulti bila dah ada dagger. Maybe dalam level 10-11 dah boleh kot.

4.    Ade adjustment kalau korang lawan dengan hero triline. Maknenye lane korang tu ade 3 hero opponent. Ha! Yang ni betol korang lawan pihak lawan pro. Dalam hal ni kalau korang frostbite pastu hit pihak yang kena frostbite tu kalau kawan dia 2 hero lagi tu stun, pastu magic dan yang kena frostbite tu dah abis frostbite dia stun korang lagi macamne? Tak mcm arwah pulak. So, instead of max kan Frostbite baek korang max kan Crystal Nova. Dapat bagi damage AOE, sakit ketiga-tiga hero tersebot. Malah, kurang risiko kematian.



Macam biasalah, ape-ape pon kte review item-item ni dulu.

Kat sini ade 2 pilihan, nak maen cara aku or cara pro. Bezanye cara aku ni biasa untuk maen pub cam garena or lan, cara pro pulak biasanye untuk maen competitive cam clan war, or tournament.

Stail aku ni lebih fokus untuk jangka masa panjang, tu yang aku beli ring of regeneration tu. Benda permenent, boleh kasi pinjam kat kawan, avoid item delay, boleh bertahan lama sikit kat lane dari balek fountain untuk berubat.

Stail pro ni pulak ikot kehendak or keperluan team koranglah. Kalau perlu ward, beli ward, kalau perlu courier belilah courier.

Cara maen? Ok part ni susah sikit. Memandangkan korang ni hero magic, korang bukanlah item dependent sangat so, last hit tu better bagi kat laning partner korang. Korang pulak lebihkan fokus kat harrass hero pihak lawan dan denied creep. Tapi kalau laning partner tu bebal sangat. Korang maenlah last hit.


Orite! Macam biasa kita review item dulu.

Magic wand! magic wand ni macam mini mekanismla. Hero-hero yang HP sikit ni biasanye memang perlu magic wand ni. Yelah kalau HP korang 675 je, tak macam sekali replanish kalau ade 15 charge dah 1/3 dari full HP korang iaitu 225 HP,MP. Banyak kot.

Power tread! Power tread ni yang menariknye boleh switch-switch attribute. Cam situasi Rylai ni korang bolehla switch kat attribute strength untuk tambah HP dia or kalau korang ni gila mana cam aku, better amik power tread intelligent je. Best sket.

Soul ring! “gila ape mamat ni suh Rylai gune soul ring, tu namenye membunuh diri. Rylai punye HP dahle sikit nak soul ring kejadahnye”. Aku cakap “sabor sabor”. Orite, ade soul ring tak bermaksud wajib tekan soul ring tu. Soul ring tu just macam mini preseverence je. Bagi regen mana sikit, regen HP sikit. Harga pon jauh lebih murah dari preseverence malah lagi murah dari ring of health kot. Cost dia just 800 gold je. Lagi pon sebab HP Rylai ni sikit maknenye regen HP pon tak perlu banyak-banyak, so pada aku dapat soul ring ni pon dah cukup sepanjang zaman regen HP dia. Tak perlu nak tambah-tambah dah, kalau nak tambah pon if ade slot kosong just standby tango or healing slave je.

Bila masuk tahap early game ni korang adalah kapten untuk lane korang. Maknenye segala aktiviti membunuh korang yang rancang. Yelah, korang yang harrass kan? So, korang lebih taw tindak balas opponent dan bila time boleh kill. Teknik ni biasanye korang gain through experience tapi nak blajar pon boleh. Pelan-pelanla ye. Sekarang ni lanemate korang depend kat korang dan ape yang korang perlukan reaction pantas lanemate korang. Bila agak-agak dah boleh kill tu, bagi signal kat kawan pastu frostbite dia pastu kawan tu pon bagi la magic jugak, kalau lanemate korang ade stun, bajet-bajet nak abis frostbite tu dia sambung stun dan hit dorang sampai mati dan teros dapat kill. Untung-untung dapat pecah dara game tersebot.

Masa ni jugaklah korang boleh merasakan betapa sakit hatinye kalau lanemate korang slow reaction or jenis pemain farmville yang mane fokus 200% kat last hit sampai tak nak amik port peluang kill opponent. Nak lagi bengang kalau lanemate korang tu hero melee jenis tanker tapi korang yang attack range lagi duduk depan dari dia. Pergh! Panas seyh. So, melalui pengalaman ni membolehkan korang tahu ape yang patot korang lakukan kalau korang gune hero melee strength terutamanya.

Lagi satu yang penting. Sila jaga range anda ye. Anda tu hero soft so jangan ke depan sangat. Kalau dah frostbite+crystal nova pon cube hit hero dari range sejauh yang mungkin untuk elakkan risiko kematian. Yang paling terbaek, sentiasala berlindung disebalik tanker. Harap-harap tanker boleh pakaila kn.



Okey! Sekarang dah sampai mid game. Dan dagger menjadi taruhan dalam situasi ni. Ingat sebab korang hero support maknenye ape? Maknenye sentiasala berkepit dengan teamate ye. Support mereka. Tapi bila dah ade dagger dah laen sikit caranye. Masih berkepit tapi bezanye kepit tu tak berapa nak rapat. Korang stay belakang sikit. Belakang yang aku maksud kan tu range hero opponent tak nampak korang. Ada faham?
Let saya ade 3 hero kat situ dan ade 2 hero yang boleh stun. So, ape yang korang perlu buat?

1.    Biar tanker masuk dulu, korang pulak nyorok kat fog (tempat yang opponent tak nampak).

2.    Perhatikan betol-betol opponent korang bila satu stunner dah stun je teros korang blink kat sebelah stunner yang belum stun tu dan frostbite stunner yang belom stun tu dan teros bukak ulti. Tapi kalau dua-dua dah guna stun dorang lagi bagus cume takot kalau dah masuk lambat sangat mati pulak kawan korang.


3.    Pastu ready dengan magic wand or crystal nova depend pada situasi. Tapi standby je dua-dua. Kalau pastu kena stun dan korang jadi target pulak, teros click kat magic wand, after tekan magic wand terus cast crystal nova dan larikan diri dari tengah-tengah medan perang tu kepada tempat asal iaitu dibelakang tanker or rakan-rakan lain untuk support-support magic je, kalau HP dah sikit sangat rasa macam tak boleh blah teros balek fountain ye. Kalau lepas stun tu pastu kena attack kaw-kaw, tekan magic wand terus balik je tak perlulah nak cast crystal nova takot korang mati pulak. Kalau kena attack kaw-kaw-kaw sampai konfem mati dan tak boleh lari, korang castla crystal nova dan teros redha, at least before dapat berbakti sebelom mati. Situasi kedua pulak kalau dorang lari, ready dengan crystal nova dan teros cast crystal nova semasa dorang ade dalam range korang boleh men’crystal nova’kan mereka walaupon ulti korang tak habis lagi, bagi dorang lari slow sikit supaya kawan-kawan dapat catch up dorang ni. Lepas cast crystal nova teruskan mengejar dan bila frostbite dah cooldown terus cast frostnova pastu berbaliklah pada posisi asal iaitu duk elok-elok belakang tanker dan attack opponent dengan jarak maksimum (sejauh yang mungkin).

Finally! Scepter vs BKB. Yang ni ikot logik akal sudah. Kalau korang rasa bila korang blink+frostbite+ulti salunye kena stun je (maknenye dorang banyak stunner) so beli BKB dulu. Kalau korang boleh blink+frostbite+ulti tanpa kena stun better teros farm Scepter.

Main same je macam mid game cuma bezanye kalau korang dah ade BKB, mula-mula tekan BKB dulu pastu blink pastu frostbite dan teros ulti. Simple je kan? Bagos.

Nota-nota tambahan

1.    Tolong jangan dengar cakap teamate anda kalau dorang suruh anda masuk battle yang belum bermula a.k.a suruh korang initiate war. Lainla kalau still dalam early game, memang korang yang banyak maen peranan untuk rancang kill tapi tu bukan war tu just battle coz palin banyak pon lawan 2-3 je. Kalau war ni biasanye 5 vs 5. Gila ape suh pompuan initiate, dayus gila.

2.    Bila dorang cakap “woi! masukla cepat, ko ade blink dagger tu” ni pon korang jangan terpengaruh. Ade blink dagger tak semestinye initiate. Biasanye hero intel yang ade dagger mane ade initiate pon. Contoh cam Enigma, Enigma dagger/blink bila dah dapat full view opponent je iaitu bila war tengah rancak supaya ulti dia tepat kena orang-orang yang dikehendaki. Macam tula jugak Rylai ni.


3.    Lagi satu pasal tanker, tanker tu antara functionnye adalah habiskan magic/stun opponent dan attract opponent. Maksud attract ni, biasanye kalau opponent dah start aim satu hero maka tendency untuk tukar aim kepada hero lain bila dia pop up atau bila dia tiba-tiba blink adalah rendah. Tu pasalla jangan masuk dulu, suruh tanker attarct and distract opponent tu.

4.    Last but not least, pick hero ni dalam game 4vs4 atau 5v5 atau 5vs4 sahaja. Kalau 3 je hero memang Rylai terbukti tidak berkesan.



Bab Rylai ni best laning partner adalah tanker yang boleh stun macam contoh-contoh yang telah diberikan sebabnye kat early game nanti korang frostbite pastu lanemate stun = kill.


Nuker sejati cam Lina, Lion, Zeus, Doom, Leshrac, Nerubian Assassin, Lich dan sewaktu dengannye. Kalau hero camni belambak sangatlah anda makanan ruji. So, try avoid or be prepared. Special mention pulak adalah Axe. Bila wujudnye Axe maka aku suggest sila lupakan pick Rylai coz Beserk Call dia tu, korang aktifkan BKB pon ter’beserk call’. Bila ulti useless memang tak bestla guna Rylai ni. Name pon maen kan so mesti nak best, kalau tak best baek takyah maen a.k.a baek takyah pick Rylai. Picklah hero laen.



 Sebabkan Rylai ni teramatla soft so aku bwat seksyen ni. Item-item ni sesuai dengan Rylai

Hood of Defiance: Item ni kalau korang nak beli, tak perlu beli soul ring tu. Gantikan dengan benda ni. Kalau rasa cam mana regen tak cukup belilah 1 sobi mask atau 1 void stone. Aku rasa 1 sobi mask dah memadai. Ni situasinye kalau banyak sangat atau ade satu (satu tapi aktif sangat) hero intel yang nuker cam Zeus, Lion, Lina, Leshrac dan etc.
Mekansm: Same jugak, benda ni kalau korang nak buat tak perlu gak buat soul ring tu. Nak extra regen mana sebab soul ring kan ade regen mana pastu nak guna mekanism pon kena guna mana lagi kan? Beli lah satu sobi mask or void stone. Sobi mask dah memadai kalau korang pandai mana management. Situasinye kalau korang rasa HP korang cam sikit sangat. Asal battle je asik tak long lasting kat medan perang.

Khadgar’s Pipe of Insight: Ni adalah barang yang korang boleh upgrade bila dah ade hood of defiance. Kalau dah opponent banyak sangat hero intel sampai kawan-kawan korang pon terok nak survive aku rasa ni antara barang yang perlu diupgradekan.

Falsampah

Kali ni falsampah aku berbunyi macam ni “A winner knows when to quit, a loser quit too early or too late”. Maksud quit tu depend pada situasila. Dalam hal ini quit tu maskudnye quit timing untunk blink or dengan kata laen, winner taw bila masa nak blink, loser pulak blink terlalu awal or terlalu lambat.

Sekian sahaja dari Kentang_
Assalamualaikum dan selamat mencuba~