Kali ni Kentang_ nak bincang tentang rules ni. Banyak falsampah telah dilahirkan untuk menjelaskan kenapa peraturan dibuat. Jom kita jenguk.
Falsampah 1: “Rules are made to be broken”
Ni adalah falsampah yang terpaling famous sekali. Bila orang yang tak pernah dengar falsampah ni maka tertampalla dalam minda beliau “pergh! Cool gila ayat ni”, “betol gak kan ape yang dorang cakap ni” dan macam-macam lagi. Lantas beliau pon menjadikan falsampah ni sebagai salah satu prinsip hidup beliau serta menganggap dengan adanya falsampah begini dalam pemikiran beliau dapat menyebabkan pemikiran beliau bertaraf pemikiran out of the box.
Jenis orang yang mengamalkan falsampah ni adalah orang yang berfahaman kapitalis dan liberal. Semua pon boleh buat asalkan yang untung tu diri beliau dengan kata lain “niat menghalalkan cara”.
Kentang_ nak ambil contoh dalam banking area. Orang yang jenis ni akan cakap “Interest adalah halal. Zaman Rasulullah dulu mana ada bank tu yang nabi cakap riba tu haram. Common! Modenla sikit oi!”.
Falsampah 2: Rules are made to be broken nicely
Falsampah kali ni ada sedikit penambahan dalam falsampah yang sebelom ni. Falsampah asal dia panjang so Kentang_ ringkaskan jadi macam ni. Falsampah asal kalau tak silap Kentang_ “we need to learn and gain knowledge so we can break the rules nicely”. Ini lagi cool dari falsampah yang sebelom ni. Lantas beliau pon dah tak nak guna falsampah “Rules are made to be broken” lalu menggantikannya dengan falsampah “Rules are made to be broken nicely” dan seterusnya menganggap diri beliau sudah lebih upgrade. Beliau berkata dalam hati dengan bangganya “Sekarang taraf pemikiran aku dah lebih out of the box”.
Orang yang berfikiran tahap ni Kentang_ klasifikasikan dalam pemikiran tahap freemason. Orang yang jenis ni akan claim ape yang beliau buat ni adalah dengan cara yang betol. Memangla cara tu nampak betol, sebabnya dah dibetolkan dengan penipuan. Maka termaktubla cara menghalalkan niat.
Contoh kali ni macam ‘Islamic’ banking. Situasinya Encik A nak pinjam RM2000 tapi beliau nak suruh Encik A bayar balek RM3000. Beliau tak nak orang cakap beliau amalkan riba’. Riba’ itu haram. So, beliau mencetuskan satu idea dari knowledge beliau. Maka terhasilla dialog dibawah.
Encik A: Saya nak pinjam duit RM2000 boleh tak?
Beliau: Pinjam duit tu nak buat apa?
Encik A: Saya nak beli laptop
Beliau: Boleh je tapi kena bayar balik RM3000. Setuju?
Encik A: Tu macam ada unsur-unsur riba’ tu. Riba’ tu haram.
Beliau: Memang riba’ tu haram. Kami pon tak amalkan konsep riba’. Kami amalkan konsep jual beli. Laptop tu Encik A andaikan pihak kami yang beli dengan RM2000. Lepas tu kami jual balik dengan harga RM3000 pada Encik A. So, takde riba, yang ada cuma jual beli. So, maknenye Encik A beli laptop tu dengan harga RM3000 dari kami. Nanti bayarla balik kat kami RM3000. Takde interest pon. Kan? Bijak tak kami?
Encik A:....... (pulak!)
Falsampah 3: Rules are made to be follow
Falsampah kali ni nampak macam sampah je. Pengamal falsampah pertama dan kedua berkata “Pergh! Tak advance langsung anda ni. Tak innovatif dan tak kreatif serta tak moden” “Katak dibawah tempurung” “otak didalam kotak” “otak tak berotak” “Nerd, geek, skema”.
Pak cik Kentang pernah berpesan kepada Kentang_ “Apa yang kita lihat itu adalah ilusi semata-mata, lihatla ape yang berada disebaliknya”. Apakah maskud disebalik Rules are made to be follow?
Maksud 1: Rules are made to make something interesting. Contoh kalau main chess. Kenapa kuda tu jalan bentuk L yang pendek je? Jom kita break the rules bagi kuda tu boleh gerak L sepanjang mana dia mahu. So, sape jalan dulu boleh cepat-cepat cakap “checkmate”.
Maksud 2: Rules are made to balace the world. Contohnye dalam bab interest tadi. Tuan Bank adalah seorang yang kaya, orang yang nak pinjam duit adalah orang yang susah. Interest menyebabkan orang yang kaya makin kaya, orang yang susah makin susah.
Maksud 3: Rules are made for mutual benefit. Cuba calon pilihan raya bermanifesto “kalau anda undi saya, lepas ni takde dah interest pinjaman bank”. Apa yang akan berlaku?
Maksud 4 dan seterusnya: Kentang_ bagi peluang anda berfikirla pulak. Baru cargas minda anda semua.
Note: Rules yang Kentang_ maksudkan disini bukanlah rules yang manusia buat sebab rules yang manusia buat biasanya berlandaskan falsampah 2 iaitu Rules are made to be broken nicely sebab nak lari dari rules yang sebenar. Kalau dah rules yang dibuat pon dah macam tu. Boleh ke dikira sebagai rules?
teruja jap. Hahahaha. :)
ReplyDeleteHahaha.. idea ni dicetuskan oleh Prof Dr Umar Ibrahim Vadillo. beliau lebih mengujakan :P
ReplyDeleteCool and I have a tremendous supply: House Renovation What Order house renovation tax credit
ReplyDelete