4 April 2011

Tidehunter Version #1 (Normal)






Assalamualaikum semua! Ni post aku yang first. Bosan-bosan bloging pon sodap.

Tidehunter adalah hero yang mudah untuk digunakan, juga barang panas dalam tournoment. So, kepada penggemar-penggemar Tide ni, kalau masuk tournoment nanti jangalah menaruh harapan sangat ye nak dapat pick Tide ni. Selain tu, Tide jugak sangat mudah untuk digunakan dan dipelajari. Al-makulumlah, skill dia ni yang aktif pon ade 2 je kot. Dahla 1 skill(ulti) dia tak perlu aim apa-apa~ hehe.. dah macam lagu lah pulak. 1 je skill yang perlu aim iaitu Gush.

Nak cakap pasal Tide ni paling kontrovesi pada aku ialah dagger(kalen dagger). Aku ni seorang yang hardcore dagger gak tapi tak pon merasakan yang perlunye dagger kat Tide ni. Yelah, ulti dia cooldown macamne pulak kan? Tapi tak pulak aku nafi kan dagger tu perlu, sebab walau pon tak selalu boleh guna ulti+dagger dia tapi if sekali guna memang sapu habis pastu bolehlah teros tolak tengah dan kadang-kadang boleh teros end. Tapi personally, aku memang tak berapa nak minat sangat dagger untuk Tide ni melainkan kalau anjing-anjing dah menyalak or memang keadaan mendesak. Bosanla kalau ade dagger tapi jarang guna, dahla harga mahal, rasa cam membazir pulak.

Aku nak share sikit pengalaman aku dulu main clan war. Ni boleh kata era-era terawal aku join main clan. Aku main dengan kapten second devision jek. Biasala nak masuk first division bukan senang oi. Kapten aku ni budak cina umur 12 tahun waktu tu, tapi kadar ke’pro’an beliau adalah teramat sangat. Start-start game je sand king dah ter’DC’ tapi sebab nak jaga maruah. Kitorang cont jela. Budak-budak team aku pon karut-karut gak except kapten tu. Nak pendekkan cerita, time tu aku tak bape nak terer dagger so aku memang tak buatla dagger. Aku buat power tread, vladmir dan cuirass macam biasa. Kapten tu punyela menyalak suruh aku buat dagger siap kawan melayu aku pon dah pening-pening suruh la aku buat dagger. Aku tetap degil. Pastu sampai la ke 1 war ni, memang aku masuk lambat sikit tapi memang bila aku dah masuk dan skill semua pastu bleh pulak semua hero tertarik dengan aku. Lantas, 3 ekor hero dorang sume aim aku dengan segala yang ade. Tapi yang arwahnye bukan aku tapi dorang sebabnye tak aim kapten aku, apelah bijak aim aku yang dah siap cuirass. So, dapat credit dari kapten tu. Conclusion: tanker yang terbaik adalah tanker yang boleh menarik perhatian pihak lawan supaya fokus serang dia je. Conclusion 2: kalau orang tu tak reti main dagger janganlah dipaksa-paksa, kalau beli dagger pon tapi tak guna or tak reti guna tak fuction jugakkan?

Tide punya stat semua aku rasa dah paras bagus dah. So, dia ni tak perlukan ape-ape yang penting sangat awal-awal ni. Mana pool pon walaupon sikit tapi dah sesuai dah dengan skill beliau. Health pool pon dah ok dah start-start, cam takla perlu sangat nak tambah ape-ape. Attack speed? Pada aku dah cukup laju dah. Nak taw lebih lanjut? Nanti free-free try beli power tread dengan 1 hyperstone kat Tide ni. Mostly, orang akan cakap, “pergh! Laju gila attack speed tide ni, dah macam ade 2 hyperstone je aku tengok”.




Sekarang ni kita fokus pada skill build pulak. First of all, wajibla menaikkan Gush dahulu. Aku rasa part ni memang no offense kn? Semua setuju kan? Bagos! Yang banyak fahaman ni tentang skill kedua yang perlu di’max’kan. Ade 3 fahaman kat sini. Aku start dengan fahaman paling karut dulu lah ye?

1.    Fahaman pertama, naik kan 2 stat dulu. Or secara visualnye gantikan 2 skill anchor smash yang pertama kat gambar atas dengan stat. Kononnye fahaman ni digunakan bila kadar harrassment tinggi. Masalahnye korang main hit creep ke awal-awal? Kalau korang main hit creep silalah berubah kepada main last hit creep ok? Duduk kat belakang je, pastu tgk health creep tu, kalau dah agak-agak 1 hit boleh kill baru kedepan dan hit creep. Ni kena praktis sebab kalau hero melee timing last hit dia termasuk time jalan untuk datang dekat pastu baru last hit. Susah sket coz bukan je kena biasa dengan attack animation malah movement speed hero tersebot. Tiba-tiba terdengar suara “Eh! Tak bolehlah main last hit pon, ade Ezalor dengan Lashrac la laning dengan aku, Ezalor bagi mana kat Lesrac, pastu Lesrac bagi kilat dari langit 24/7”. Respon aku yang pertama, pemurahnye Ezalor tu!. Ok! Dalam masalah ni kalau korang up stat dulu pon cam takde effect kot kalau dah camtu sekali. Tapi jangan risau, kalau benda camni berlaku, just duduk belakang curi experience je. Biasala hero melee memang bersusah-susah dahulu.

2.    Fahaman kedua, naikkan kraken shell dulu. Yang ni masalahnye kalau korang naikkan awal-awal pon takdela effect sangat coz bukan HP korang banyak pon. Yang kedua, ade ke awal-awal orang dah suruh tanking? Awal-awal ni sume hero pon health lebih kurang sama, item yang more main peranan dalam helath pool. Yang ketiga, bosan bosan dan bosan. Tak percaya pergi try and konfem error.

3.    Fahaman ketiga or lebih tepatnye fahaman aku ‘max’kan Anchor smash. First, boleh buat korang last hit lebih effective, yelah nak last hit tiba-iba ter’anchor smash’ tak macam konfem pulak dapat creep. Second, lebih seronok kot game bila ade benda chance-chance ni, dah macam main poker pulak. Third, biasa kalau tengah battle tiba-tiba terkeluar anchor smash tu tak macam arwah pulak pihak lawan. Fourth, boleh farm hutan dengan cepat yang terpaling, yang mana boleh membawa obesiti dengan kadar kelajuan cahaya. Dan last but not least, juga yang terpaling penting ianya boleh membawa keseronokkan yang nyata.




Seperti yang aku cakap tadi. Stat Tide awal-awal memang dah ok, Cuma korang kena pandai mana management je. So, tak perlula nak beli 3 ironwood, 1 circlet of nobality, 1 gauntlet of strength, dan 1 ancient tanggo cam biasa. Aku rasa baik teros beli ring of regeneration je.

Stail main awal-awal ni macam aku cakapla, takat main last hit sudah. Pastu jangan guna Gush korang untuk harrass please. Tu untuk kill je. Korang gak tak perlulah nak harrass dengan cara normal hit hero opponent coz membahayakan diri. Tapi kalau dah lane dengan hero bodoh cam mortred dan bloodseeker ape salahnye.

Map awareness dan friend awereness! Pleaselah ye, benda ni sangat penting, tengok kawan korang tu kalau dia cam nak kill tu sila beri reaction yang pantas, camtu gak map awereness, sila sedar kalau kawan anda nak gangbang ke lane anda. Benci aku orang-orang yang tak awere dan reaction slow.




Aku nak komen sikit barang-barang di atas.

1.    Power Tread: Kalau boleh cepat-cepat lah farm barang ni. Dari korang farm bracer, pada aku lagi baek farm Power Tread str.

2.    Magic Wand: Magic wand ni teramatlah penting selaku tanker and initiator coz dah cam mini-meka kot. Mission awal ni kumpul charge banyak-banyak, kalau rasa kena gangbang pastu cam tak boleh nak hidop sila jangan tekan magic wand anda. Sila simpan charge tersebot ok.

3.    Ring of basilus: sangat penting, anda perlukan mana sedikit mana regen untuk kebaikan sejagat.

4.    Ring of regeneration: Jadikla ade sikit regen HP kan.

Sekarang dah sampai tahap early game. Paling penting early game ni mana managementla. Aku biasa aku pastikan mana aku sentiasa above 270 bila dah cecah level 6-7. Ni lah masanye muqoddimah membunuh. Ulti + Gush, oh yeah baby!

Tips guna Ulti dan Gush

1.    Bila lari: Bukak ulti teros lari. No turning back.

2.    Bila nak selamatkan kawan: Tengok keadaan dulu, kalau if percubaan tu boleh membawa maut pada korang, relakanla ia pergi. Kalau masih boleh selamat tgk keadaan. Kalau guna gush je boleh selamatkan better gush je. Kalau guna ulti boleh selamatkan guna ulti je. Sila jangan guna kedua-dua serentak, membazir itu saudara syaitan.

3.    Bila mengejar: Gush je dulu, bagi slow pastu tengok sama ada perlu or tak perlu stun tu.

4.    Bila battle: Stun dulu pastu gush hero mane yang korang nak aim, pas Gush attack hero tersebot sementara armor dia rendah.

Zaman early game ni tak banyak beza dengan starting game. Main relax-relax je, bezanya cuba stick dengan kawan. Coz zaman-zaman ni anda sangatla digeruni lawan dan diperlukan oleh kawan atas sebab ulti dan gush anda.





Ini komen aku terhadap pembaharuan barang ni:

1.    Vladmir offering: First, benda ni boleh bagi korang ability farm hutan dengan effective untuk siapkan barang-barang seterosnye. Second, boleh boost tanking korang dalam battle. Third, kurang balik rumah, coz boleh life steal creep.

2.    Kalen dagger: Benda ni boleh skip kalau korang tak berapa minat or tak pandai. Tapi ingat, skill dagger adalah wajib ade dalam jiwa pengguna hero str khususnye. So, blaja-blaja la ye?

Cara gunakan dagger ni tak perlula nak aku sentuh sangat. Senang je kan? Cuma yang payah tu timing terbaik. Coz nanti bila masuk awal sangat jadi mangsa pulak, kalau masuk lambat sangat nanti kawan jadi mangsa pulak. Nasihat aku practice make perfect.

Dalam keadaan mid game ni korang dah boleh jadi roam. Jenjalan cari mangsa, if tak jumpa boleh berkebun kat hutan kan? Kalau dah ade dagger, lagilah best, bukan setakat boleh jadi roamer, malah layak jadi ganker. Either tiba-tiba muncul stun+gush pastu diikoti oleh rakan-rakan or, menyebok ketika dorang battle. Dua-dua pon terbaik.

Ni pasal war pulak aku nak sentoh, nanti kalau war if korang ade dagger, blink+ulti+gush pastu hit orang yang mengancam korang pastu bila kena serangan balas tekanla magic wand korang tu. Pastu agak-agak tak boleh nak blah tu. Jangan jadi macam ni “takpelah, aku mati pon aku nak teros tank”. Jadilah bergini “Pergh! Cam tak boleh nak blah je ni. Baik aku lari dulu, at least aku dah initiate, tank sikit, stun ulti lagi dan gush. Banyak kot jasa aku. Cukup-cukupla, aku nak angkat diri dulu. Semoga berjaya kawan-kawan”. Kalau aku main dengan Tide ni asal dah initiate baik punye pastu gush, “ok! Ko boleh balek sekarang”. Tapi kalau health banyak lagi bolehla kalau  nak tolong-tolong hit.ape-ape pon jasa korang dah banyak kot even after blink+ulti+gush teros balek. So, kalau ade yang masih menyalak tu biarkan mereka, sesungguhnye mereka tu tergolong dalam golongan orang-orang yang kufur nikmat.





Ape-ape pon biar aku komen barang-barang baru ni:

1.    Assult Cuirass ni biasa aku akan beli dulu compare to desolator sebabnye. First, nak tambah tanking ability, ni tahap kekerasan yang terpaling dah ni. Second, nak attack speed untuk maximize kan ability Anchor smash. Yang tolak armor tu bonus dia. Note: Anchor smash tak macam critical strike yang depend pada damage untuk value damage critical strike. Value damage Anchor smash tu fix dah. So, nak maximize kan potential Anchor smash sudah cukup dengan increase the attack speed sahaja.

2.    Desolator! Orb terbaik dan pemulaan semi-carry. Time ni dah best sudah.

Sampai tahap ni aku tak tahu nak explain ape dah. Yelah, dah kebal, dah kuat ape lagi lawan jelah. Manfaatkan skill tu dalam battle.
Sekarang aku nak review synergy item dan skill. Nampak cam biasa je build ni kan? Cuba korang perhatikan betol-betol. Semua item korang bukan je boost stat, damage, regeneration or attack speed tapi semua ade effect kot! Power tread, tambah movement speed. Magic Wand ade replenish HP dan MP. Vladmir ade lifesteal, Dagger ade blink ability. Cuirass tolak armor. Desolator tolak armor lagi. Hehehe..

Ape synergy nye? Cuirass, Vladmir, Magic wand, dan Kraken shell = tambah tanking potential. Cuirass bagi armor, sambil attack dapat lifesteal tambah HP lagi ketika berlawan, pastu tolak damage yang dapat dengan adenye skill kraken shell, pastu ade emergency HP lagi, replenis HP dengan Magic Wand. Gush, Cuirass dan Desolator = tolak armor, tolak armor, tolak armor = hahaha.. best best! Anchor smash, Cuirass, dan power tread = extravangansa Anchor smash!

Last but not least “Enough is enough!” ini falsampah aku. Kalau game berlarutan dan duit semakin beranak dan memberanak. Boleh gantikan magic wand tu dengan item lain seperti heart, battlefury, radiance or etc. Tapi after gantikan Magic wand tu cukup-cukuplah ye. Save duit untuk buy back pulak.

Sekian dari Kentang_
Assalamualaikum~

1 comment:

  1. Serius menarik guide ko wat..aku akan jadi 1st follower ko..huhu..

    ReplyDelete