14 April 2011

Tentang Harga Petrol

Beliau berkata,

“Harga minyak naik lagi! Ni lah kerajaan, suka ambil kesempatan terhadap rakyat”
“Mereka orang kaya, bolehlah naikkan harga minyak, mana nak fikir kita orang-orang miskin ni”
“Lepas pilihan raya je mesti naikkan harga minyak”
“Saya berjanji kalau esok saya menang pilihan raya, saya akan turunkan harga minyak”

Macam-macamlah beliau ni. Ini adalah pemikiran-pemikiran yang patut anda elak. Harga minyak naik nak salahkan kerajaan, harga minyak nak ambil kesempatan. Anda kebanyakannya ditipu sebab harga minyak. Harga minyak buat anda memperbodohkan dan mengemosikan diri anda yang tidak tahu berfikir tetapi claim “Saya adalah seorang yang berfikiran out of the box”.

“Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang turunkan harga minyak kalau harga minyak dunia turun”

Wah! Baiknya kerajaan sebegini. Kita patut undi kerajaan yang bakal implement polisi macam ni.

Encik A: Baik ker???

Beliau: Mestilah, kalau macam ni baru kerajaan prihatin. Rakyat pon boleh bertoleransi kalau kerajaan naikkan harga minyak kalau begini.

Encik A: Nak ubah topik boleh?

Beliau: Ok! Cam bosan je cerita pasal topik ni coz bukan kerajaan Malaysia ni prihatin pon kn?

Encik A: Erk? Kalau harga minyak naik ape effect yang paling anda tak boleh blah?

Beliau: Mestilah harga barang naik.

Encik A: Kalau harga minyak turun ape yang best sangat?

Beliau: Harga minyak turun, so, jimat sket kalau kuar jenjalan naik kereta

Encik A: Tiba-tiba minyak yang turun tu kena naik balek harga sebab harga minyak dunia naik balik? Anda pon cakap boleh toleransi dengan kerajaan kan sebab lepas pilihan raya hari tu beliau turunkan harga minyak? So, ape yang akan jadi?

Beliau: Ala... Harga barang naikla lagi..

Encik A: Kesimpulannya?

Beliau: Kerajaan toleransilah. Bagus ape. Hik hik hik!

Nampaknya beliau tidak sedar yang kalau harga minyak turun, harga barang tak turun. Kalau harga minyak naik, harga barang makin naik. So, kalaula parti bodoh turunkan harga minyak sebab nak undi, nanti bila terpaksa naikkan balik harga minyak, harga barang yang double triple. Ni la akibatnya kalau terlampau out of the box.

Kesimpulan: Harga minyak naik (harga barang naik) pastu harga minyak turun (harga barang stay) pastu harga minyak naik balik (harga minyak naik lagi) dan seterusnya. Ini yang anda mahu??


2 comments:

  1. Like this topik..ko kne letak topik2 prbncgn brsama AFS dlm ne..baru leh membuka minda ramai org tntg realiti sbnr hidup..

    ReplyDelete
  2. Tapi saudara AFS takde blog. huhuhu

    ReplyDelete