20 April 2011

Aku yang emosi

Slot kali ni Kentang_ mungkin nampak kasar sikit dan tidak sesuai untuk tatapan umum sebab tadi memang Kentang_ tension yang sangat-sangat. Bukan selalu Kentang_ tension tapi bila dah tension, maka.. Sebenarnya da tak tension pon, dah reda pon. Setengah jam je tensionnye.

Telsebutlah kisah.....

Tadi pukul 1.45 pm aku bergegas ke kedai print. Nak print assignment. Dahla kelas pukul 2.00 pm. Kelas dahla calculus final (nak sampaikan yang subjek tu sangat susah) pastu aku pon dah banyak ponteng, maka kalau aku ponteng lagi aku akan bakal arwah (kena bar dari ambil exam). Tapi assignment ni pon penting sebab group assignment, kalau aku tak print maka aku dah libatkan pihak yang tak bersalah demi kepentingan diri sendiri.

Pendrive aku dah bape kali aku beli, dan berapa kali itu jugakla hilang. Ada yang kawan aku ambil tapi dia buat cam tak tahu je dan terus buat macam pendrive mereka. Aku tak kisah, dah dia tu kawan aku, biarlah. Tapi, yang kebanyakannya aku wakaf kat kedai printer . Maklumlah, terpengaruh dengan sifat aku masa zaman budak-budak. Dah dapat mainan kat shopping complex, nanges nak balek rumah.



So, aku dah tak beli pendrive dan dah takdela pendrivenye. Ape yang ada cuma external hard disk aku yang 1 Terabyte tu. Maka, aku pon bawa la ke kedai printer. Kedai printer University Awam la kata kan memangla zaman bila punya komputer aku pon tak taw. Asal aku cucuk je restart, tukar pc lain pon macam tu sampai 3 kali. Sebab dah lambat (kan ade kelas calculus) maka aku blah jela, cari kedai lain pulak. *External aku ok sebab sekarang aku cucuk kat laptop aku ok je boleh bukak.

Kali ni aku pergi lab University Awam. Aku penah guna External aku kat lab tu, boleh je tapi masa tu ade sorang brother cool ni jaga. Lab ni aku nak cerita yang boleh print kat 2 PC je sebab tu je yang ade link, mungkin sebab nak secure nanti ade orang print tak nak ngaku kan dah rugi. Kali ni aku pergi, ade sorang minah ni jaga, PC yang ada pulak satu(yang boleh print iaitu yang sedang dia pakai) je kat situ tak taw kenapa hilang lagi satu sebab dah lama tak melawat.

Minah tu sedang guna internet download ke ape aku tak pasti. Lepas tu aku datang, dia mintak external aku dan aku pon bagi jela. Biasala external 1 Tera memang lambat sikit nak detect, lagi pon PC tu pon zaman bila dah. Pastu minah ni cucuk kejap macam tak detect dia terus tarik, dua tiga kali dia buat macam tu aku pun cakap “biasala, external memang lambat sikit coz 1 Terabyte”. Memang dah dari tadi aku datang dia buat muka ketat, lantas dia mengetatkan lagi muka beliau. Yela, aku ‘ganggu kot dia nak online’(patot buatla kerja ko!). Brother yang dulu tu bapak cool gila siap ade 2 PC, 1 orang tengah guna, nampak aku tunggu turn dia terus offer suruh print guna PC yang dia tengah pakai (yang satu lagi). Aku tak mintak pon. Nampak tak?

Takpela aku kalau orang dah macam ni aku blah je, malas nak layan. Aku pun pegi kat hostel kediaman lama aku, jam dah menunjukkan pukul 2.03 pm dalam hati aku berkata “sempat lagi ni lewat sikit kot”.  Jenuh aku bertanya. Last-last  aku tanya la salah seorang dari junior aku dulu. Sapa ade printer? Orang ni cakap Encik A ni ade printer, aku pun pergi ke bilik Encik A, tapi Encik A takde yang ade roomate Encik A. So, aku tanye berkenaan dengan printer, dia cakap printer Encik A da takde ink. Berlakula dialog dibawah:

Aku : Sape lagi ade printer?
Beliau: Junior yang sekian sekian ade. *sekian tu andaikan dia tengah sebut nama seseorang
Aku: Weh, tolongla aku kali ni, aku tak kenal junior tu. Tolong mintak print, aku bayar kalau kena charge pon.
Beliau: Bilik dia kat tingkat bawah (iaitu satu tingkat dari tingkat dia, sambil buat gaya malas nak jalan ke sana)

Lantas, aku pon menyirap dan blah sambil berkata “tak nak tolong takpela” baru terhegeh-hegeh nak bangun. Tapi dah terlambat, dalam hati aku berkata “pergi mampos kau la”.

Sebab aku bukan jenis mengungkit, aku taknakla cerita jasa-jasa aku terhadap beliau. Senang cakap aku ni macam Along yang kalau orang tak nak bayar hutang pon takpe dan juga syarikat sewa kerata yang tak charge sewa malah kalau masa pinjam minyak kereta full, pulangkan balek dengan tangki kosong pon takpe.

Sambil meninggalkan bilik beliau aku pon menyupah seranah dalam hati sambil berasa tertekan yang nak buat macamna ni sebab assignment tu kena hantar sebelum pukul 3.30 pm, manakala sekarang ni ada kelas sampai pukul 3.30 pm.

Baru aku sedar yang aku ada kelas setelah jam menunjukkan pukul 2.33 pm. Maka secara automatik rasa tension aku pon hilang serta-merta sebabnya, nak tension-tension ape, sebab aku bukan nak cepat pergi kelas pon sebabnya kelas dah separuh masa kot. Takdir aku untuk memonteng kelas itu telah ditentukan. Aku redha, aku pasrah. Pasal beliau yang tak nak tolong aku, adakah aku marah? Tidak, aku cuma sedih beliau. Aku kasihan melihat orang-orang sebegitu.



Disebabkan banyak masa aku pun mengambil jalan yang panjang. Aku pergi bank, cucuk duit dan pergi ke kedai pendrive. Malangnya kedai pendrive tu tutup. Maka aku pon balik bilik. Pukul 3.00pm aku mencuba nasib sekali lagi, kali ini aku berjaya membeli pendrive. Aku transfer data guna laptop aku kedalam pendrive dan print kat kedai yang pertama aku datang tadi. Assignment tersebot sudah selamat dihantar. Sekian sahaja dari aku

Aku ialah Kentang_ yang emosi

12 comments:

  1. Bro. Rilex yo! Ktorg x tau bilik Encik A dah x ada ink. Hal junior ada printer pun ktorg x tau. Sorry.

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. takde ape-ape pon.. biasala bwat kerja last minit memang macam ni.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. kentang, rilek okeh? mmg spesis mcmtu x kenang budi !

    ReplyDelete
  4. thx coz singgah melawat ye cik SyarniFarida. Kentang relax je, nak marah pon tak boleh sebab. takkan nak marah sebab orang tu tak tolong kita kn? just tension sebab situasi kelas calculus. hehe..

    Anyway, thx ye :)

    ReplyDelete
  5. memang kite kalo boleh takank mengungkit weh...
    tapi kekadang tu......
    bila org yg selalu mintak tolong dgn kita bila die x nk tolong kite balik
    walau dia boleh sebenarnya.....
    rasa cam nak hempas-hempas kepalanya atas batu.dah ru je.haha

    ReplyDelete
  6. Huhu..bro,sabor je la..bile last2 minit ne mmg mcm2 nk jadi..

    ReplyDelete
  7. bila dah jadi last minit mmg macam2 berlaku..wahahaha..sabo jerla

    ReplyDelete
  8. kentang syg...jgn beremosi terlmpau..

    harap anda tabah mnjalani kehidupan(mcm bg ucpan kat bersamamu)

    ReplyDelete
  9. komen yang jujur dari anda sangat saya perlukansaya tak kesah.hahahaaaa

    ReplyDelete
  10. far_east dan Mykhalis: ayat korang dah saling menerbalik. haha

    Sarah: Aik? sarah boleh emosi, kentang nak jugak!

    Silent: rasa nak hempas-hempas tu bukan datangnya dari dia yang taknak tolong tapi dari masalah yang asal. so, takleh salahkn dia, just sedih tengok wujudnye orang-orang macam tu.

    ReplyDelete
  11. rileks2. bilik aku ade printer. len kali kalau nak guna, dtg lah bilik aku. :)

    ReplyDelete
  12. cik azeya: bak alamat. Hahaha

    ReplyDelete